Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak dapat bangkit segera”. “Saya rasa kita mahu bersendirian di semenanjung. Gerakan sudah habis dan jika mereka mahu BN mereka boleh ambil. “Berada dalam BN bersama Gerakan dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat adalah beban yang besar,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today. Katanya, parti komponen lain seperti MIC, MCA dan Gerakn sudah kecundang dengan teruk dan mustahil dapat bangkit semula dalam masa terdekat. “Kalau mereka tidak bangkit macam mana BN hendak berfungsi? Kita harus terima kenyaaan BN sudah tidak ada,” katanya. Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong semalam berkata komponen BN patut mengadakan mesyuarat pusat bagi memutuskan untuk menguarkan Umno daripada gabungan itu, bukan meninggalkan gabungan itu.
Inilah kebenaran yang menyakitkan... hakikatnya Parti Amanah Negara (PAN) tidak boleh hidup sendiri... ia merupakan parti yang berpotensi, sekiranya disokong oleh rakan-rakan dalam Pakatan Harapan. Menurut kajian Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar kempen parti yang baru ditubuhkan itu di kedua-dua PRK, menerima banyak bantuan dari DAP di dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. "Kempen tersebut lebih lebih baik daripada apa yang berlaku semasa pilihanraya negeri Sarawak, di mana setiap parti pembangkang seolah-olah berkempen secara bersendirian,"kata beliau dalam forum mengenai masa depan Pembangkang untuk PRU-14. Cuba bayangkan kalau PRU-14 nanti adakah DAP akan berikan bantuan sepenuhnya atau akan jadi seperti di Sarawak, masing-masing dengan kerja masing. Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan berbeza pendapat dengan tiga panel dalam forum itu, apabila mengatakan kewujudan Amanah dalam PH hanya menghancurkan k...
Kebiadapan ahli Parlimen DAP Jelutong, RSN Rayer ketika persidangan Dewan Rakyat semakin menjadi-jadi sehingga berani menyebut ‘kepala bapak’. Rayer ketika mencelah penggulungan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman, pada Selasa telah menujukan perkataan ‘kepala bapak’ kepada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN). Kebiadapannya itu telah membangkitkan kemarahan mereka. Antara yang bangkit membidas Rayer adalah Ahli Parlimen BN Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen BN Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar. Keadaan sedikit tegang di antara ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut kerana Rayer berkeras untuk tidak menarik balik perkataan tidak senonoh itu. Ini memaksa Timbalan Speaker Nga Kor Ming.untuk campur tangan dengan membuat arahan supaya Rayer menarik balik kata-katanya . Beliau juga beri amaran supaya tidak lagi menggunakan perkataan tidak senonoh di dalam sidang Dewan Rakyat. “Yang dibangkitkan oleh YB Padang Terap adalah tentang...
Comments