Pas bakal hadapi tentangan? Atau Menghadapi Kekalahan Teruk PRU Akan Datang...

                                          Mananya Presiden PAS bersembunyi?

Usaha Pas untuk mempertahankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mesyuarat parti itu pada 17 Ogos ini dijangka mengalami kesukaran kerana bakal mendapat tentangan daripada pemimpin tertingginya sendiri.

Antara individu yang dijangka menentang usaha itu adalah Naib Presidennya, Datuk Husam Musa yang hari ini melalui surat terbuka kepada Abdul Khalid telah mengkritik pemimpin tersebut kerana masih mengekalkan jawatannya walaupun telah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Husam mendakwa, keputusan Abdul Khalid adalah cubaan membabitkan Pas ke dalam survival politik beliau yang akan menjatuhkan nama parti itu di mata rakyat meskipun sebelum ini Majlis Syura Ulama telah menyatakan sokongan kepadanya.

"Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan Pas dalam lingkungan semangat pakatan rakyat. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.

"Tan Sri (Abdul Khalid) sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili pakatan rakyat lagi, Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?" soal Husam melalui surat itu yang disiarkan beberapa blog hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana