Panasss!!!! Krisis Selangor Berpunca Daripada Anwar - Dr Mahathir

PUTRAJAYA: Pergolakan politik dan perebutan jawatan menteri besar Selangor tidak akan berkesudahan walaupun pilihan raya baharu diadakan dalam masa terdekat, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menyifatkan krisis politik di negeri pimpinan Pakatan Rakyat itu sebagai 'sandiwara' dan berpunca daripada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa mencuba untuk menjadi Perdana Menteri negara ini.

"Boleh ada pilihan raya baharu, tetapi saya tak fikir ia akan selesaikan masalah selagi Anwar tak jadi Perdana Menteri (PM).

"Kalau bagi dia (Anwar) jadi PM satu bulan, saya ingat dia (Anwar) puas hati, tapi dia (Anwar) tak akan lepas (jawatan PM)," katanya apabila diminta mengulas krisis politik di Selangor.

Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri diskusi bertajuk 'Evolusi Identiti Anak Muda Malaysia' anjuran Akademi Belia di Perdana Leadership Foundation, Sabtu.

Selangor menghadapi krisis kepimpinan apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR)memecat Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah enggan mematuhi arahan parti supaya meletak jawatan dan memberi laluan kepada presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikannya.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir berkata, Abdul Khalid mempunyai hak untuk memilih sesebuah parti politik.

"Dalam demokrasi kita bebas masuk parti, bebas keluar parti. Khalid ini dulu orang Umno. Dia masuk Pakatan, Keadilan (PKR). Sekarang ini dia (Abdul Khalid) tidak setuju dengan PKR, itu dia punya hak," kata beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana