Majlis Penasihat Raja-Raja Selangor bermesyuarat esok - Abdul Khalid

Majlis Penasihat Raja-Raja Selangor akan bermesyuarat esok bagi membincangkan kedudukan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Itu kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan media empat perenggan pada pagi Ahad.

Beliau mengulangi sikapnya yang menerima keputusan pemecatannya tersebut walaupun ia salah dan bertentangan dengan undang-undang.

Menurut beliau, mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja itu akan diadakan pada Isnin 11 Ogos jam 11.30 pagi.

Khalid memberitahu bahawa beliau telah dinasihatkan oleh peguamnya tidak membuat sebarang kenyataan agar tidak menggangu proses undang-undang yang mungkin diambil pada masa akan datang.

BERIKUT KAMI SIARKAN KENYATAAN MEDIA PENUH ABDUL KHALID

MAJLIS PENASIHAT RAJA-RAJA BERMESYUARAT ESOK BINCANG KEDUDUKAN MENTERI BESAR

Saya  mengulangi kenyataan akhbar semalam bahawa saya menerima keputusan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) walaupun tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti.

Saya juga akan meneruskan tugasan sebagai Menteri Besar seperti biasa dan dinasihati untuk tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga satu mesyuarat Majlis Penasihat Raja-Raja yang telah ditetapkan pada hari Isnin, 11 Ogos 2014.

Saya juga telah dinasihatkan oleh peguam supaya tidak membuat apa-apa kenyataan agar tidak menganggu proses undang-undang yang mungkin akan diambil pada masa akan datang.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
10 OGOS 2014

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana