Macam Dia Pulak Presiden PAS!!!!! MB Selangor: Pas tidak akan letak calon
IPOH - Pas tidak akan meletakkan calon dari parti berkenaan untuk merebut jawatan Menteri Besar Selangor demi menghormati kehendak PKR dan DAP.
Mengulas lanjut, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad berkata, perkara berkenaan telah dipersetujui bersama sejak 2008 lalu dan tidak ada sebab untuk ianya diubah.
Malah menurutnya, seandainya nama-nama yang bakal dicalonkan Pas kelak, ianya akan hanya melibatkan nama calon PKR itu sendiri termasuklah Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Kita hormati kehendak PKR dan DAP bahawa jawatan menteri besar itu hendaklah datangnya daripada kalangan PKR. Kita pun terima sebagaimana yang kita persetujui sejak 2008.
“Azmin Ali mungkin salah satu nama. Kalau pas nak cadangkan pun mungkin kita akan letak dua tiga nama; Azmin ke, Dr Idris Ahmad ke, tetapi nama Wan Azizh juga akan berada dalam senarai calon-calon yang dikemukakan Pas.
“Bagi saya, saya sendiri sokong Wan Azizah saja yang dicalonkan kerana dia adalah presiden parti dan tak salah untuk dia diletakkan sebagai calon menteri besar,” katanya lagi di sini sempena menghadiri Majlis Makan Malam ‘Lawan Tetap Lawan’ di sini, malam tadi.
Hadir sama, Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Dr Lee Boon Chye (Ahli MPP PKR), Chang Lih Kang (Naib Pengerusi MPN Negeri), Tan Kar Hing (Timbalan Ketua AMK Negeri), Chua Yee Ling (Naib Ketua PKR Negeri dan Setiausaha Politik Ketua Parlimen DAP, Dyana Sofya.
Tambah Khalid, persoalan calon Menteri Besar ini menjadi pertikaian kerana masyarakat hanya melihat Wan Azizah sebagai isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi tidak memikirkan dia (Wan Azizah) adalah Presiden PKR itu sendiri.

Comments