Khalid Pecat Punahsihat Selangor?Admin Rasa Patut DiPecat Jugak.....Kita Tunggu
Sebagai orang korporat, Khalid Ibrahim sudah tentu dapat menilai seseorang sama ada mereka berkapabiliti atau sebaliknya dalam menjalankan tugas. Dan sudah tentu jugalah Khalid Ibrahim tahu menilai hasil kerja atau bakat seseorang yang berada di bawahnya.
Perlantikan Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor pada tahun 2008 juga tidak kurang mendapat kecaman. Bukan Khalid Ibrahim tidak tahu apa keupayaan bekas pelajar keciciran yang kemudian hanya berjaya mendapat ijazah umum dalam jurusan persuratan Melayu dari Universiti Malaya bernama Anwar Ibrahim itu. Malah bukan juga Khalid Ibrahim tidak tahu, Rafizi Ramli yang kononnya budak cerdik dari Petronas, sebenarnya telah diarahkan meletak jawatan kerana ketidakbolehannya dalam tugas yang diberikan kesan daripada campurtangan Anwar Ibrahim menerusi konco-konconya sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.
Walaupun Anwar Ibrahim cuba berbangga kononnya dia 'ikhlas' menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dengan hanya menerima gaji RM1, tetapi bukan lagi rahsia apabila Anwar Ibrahim membuat tuntutan beratus ribu kali ganda, malahan berjuta-juta kali ganda daripada gaji seringgitnya bagi setiap perjalanan mahupun aktivitinya dari Kerajaan Selangor, meskipun pada masa yang sama, tiada RM50 bilion yang kononnya dijanjikan oleh para pelabur dari Timur Tengah untuk Selangor ketika dia menuntut jawatan itu untuk menggantikan Rafizi Ramli yang dipaksa meletak jawatan.
Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor sudah lama tidak berfungsi. Anwar bukanlah orang ekonomi, apatah lagi faham tentang struktur atau kerangka kewangan. Anwar hanya pandai menjadi burung kakaktua yang skripnya dari taukeh-taukeh Zionisnya, dihafal dan dituturkan sepertimana yang dilakukannya pada tahun 1997 ketika Krisis Kewangan yang disebabkan oleh sekutu rapatnya, George Soros dalam kekalutan dia mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Dr. Mahathir.
Khalid Ibrahim sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memecat Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, memandangkan jawatannya adalah jawatan belas ehsan Menteri Besar Selangor. Jawatannya tidak tersenarai dalam JPA mahupun Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Malah gaji serta elaunnya pula hanya berada di bawah kuasa Menteri Besar Selangor menerusi MBInc.
Anwar Ibrahim tidak boleh berkeriau kononnya pemecatannya tidak sah dan perlukan perkenan DYMM Sultan Selangor atau kononnya tidak mengikut peruntukan Perlembagaan. Malah sepatutnya dia membayar semula semua tuntutan yang dibuatnya dari mula dia dilantik sehinggalah akhir bulan Julai 2013 kerana setiap sen yang dibelanjakan oleh Anwar Ibrahim merupakan wang rakyat Selangor.
Kalau memecat enam orang Exco DAP dan PKR yang sebelum itu telah melafazkan sumpah dan ikrar taat setia kepada Kerajaan Negeri Selangor dan DYMM Sultan Selangor tidak menjadi masalah kepada Khalid Ibrahim selepas dia memperolehi perkenan DYMM Sultan Selangor, apa sangatlah memecat seekor pacat tua yang masih tidak sedar-sedar diri serta asyik menggelinjang ke sana ke mari laparkan kuasa dan jawatan!!!
Comments