Khalid kekal Menteri Besar...dakwa masih pegang majoriti ahli DUN ...Sultan Selangor puashati...PR Meroyan

Isu jawatan Menteri Besar Selangor masuk babak mendebarkan Isnin bila mana Tan Sri Khalid Ibrahim mengadap Sultan Selangor dan Dewan Diraja Selangor pula bermesyuarat mengenainya.

Teka teki mengenai kedudukan Menteri Besar ' tidak berparti ' itu terjawab dalam sidang akhbar di pejabatnyan di Shah Alam yang diadakan beliau kira-kira lebih sejam selepas pulang dari Istana Alam Shah,Klang.

Khalid yang nampak terus steady mengumumkan Sultan Selangor telah beri perkenan agar beliau terus kekal sebagai Menteri Besar ' sehingga ada perkembangan terbaru'.

Paling menarik ialah beliau isytihar masih memegang majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan negeri Selangor.

Katanya Sultan Selangor berpuashati dengan penjelasan yang beliau berikan mengenai kedudukannya.

Malah beliau mencabar 'boleh uji' kalau merasa ragu.Katanya dengan empat Exco PAS yang menyokongnya beliau masih dapat mengadakan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Empat Exco dari PAS ialah Iskandar Samad, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.

Bagi Exco lain yang tidak sokongnya...mereka boleh letak jawatan.

PKR dan DAP masing-masing ada tiga Exco.

Beliau akan cuba bertemu dengan Exco dari DAP dan PKR esok untuk tanya samaada mereka hendak kekal pada jawatan atau tidak.

Khalid juga memberitahu beliau tidak memohon kepada Sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor bagi diadakan pilihanraya negeri.

Katanya hal berkenaan juga tidak disentuh masa beliau mengadap Sultan.

Menteri Besar itu juga kata beliau tiada cadangan untuk adakan sidang Dewan Undangan Negeri  ( untuk membolehkan proses undi tidak percaya).

Katanya jika pihak penentangnya memohon beliau akan menaqdakan Sultan Selangor untuk menjelaskan sebab dan keperluan.

Sebelum itu Khalid kelihatan masok ke Istana Alam Shah untuk mengadakan Sultan pada 8.47 pagi.Beliau keluar pada jam 12.45 tengahari.

Ditemui wartawan di pagar Istana,Menteri Besar itu kata beliau berpuashati dengan hasil mesyuarat dan mengadap.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana