‘Chauvinisme, Pengkhianat, Tidak Demokratik. Ini masanya menghukum PAS.’

Gambar yang anda saksikan ini adalah gambar sehelai kain pemidang berukuran 12′ x 4′ yang ditulis dalam Bahasa Cina yang membawa maksud:

‘Chauvinisme, Pengkhianat, Tidak Demokratik. Ini masanya menghukum PAS.’

Kaim pemidang tersebut telah dikesan pada 20 Ogos 2014 jam 2:30 petang dan telah digantung di pintu masuk utama Masjid Ar-Rahman, Jalan Pantai, Kuala Lumpur.

Mungkin bagi pecacai dan penyokong PAS, perkara termudah untuk mereka memujuk hati sendiri adalah dengan menuduh, perbuatan tersebut dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Manakala tukang propaganda mereka pula akan segera mempopularkan cerita bahawa segala kejahatan yang berlaku adalah disebabkan oleh UMNO. Sudah terlalu lama mereka mencipta cerita kononnya UMNO sangat terkutuk, keji dan terlalu kotor buat PAS. Malah mereka sentiasa percaya bahawa setiap keburukan yang berlaku dalam PAS semuanya berpunca daripada UMNO.

Namun hakikat sebenarnya, tidak dapat mereka nafikan lagi. Imej PAS memang sudah terlalu buruk. Walaupun akhirnya menepati ramalan bahawa PAS akan membuat pusingan ‘u’ demi kelangsungan dalam Pakatan Rakyat.

Walau apa pun yang dikatakan berhubung peranan Hadi Awang, mahupun beberapa orang pemimpin yang dikatakan pro-ulama mahupun yang dilabelkan sebagai ulama, yang pasti PAS dikuasai sepenuhnya oleh golongan pro-Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Segala kata-kata mereka terhadap pihak lawan (baca: UMNO) kini kembali semula ke muka sendiri.

Gelagat PAS yang cuba bermain tarik tali dan cuba juga untuk menunjukkan mereka mempunyai pendirian, akhirnya menimbulkan kemarahan kepada DAP dan PKR. Kemelut seperti yang berlaku di Selangor membabitkan perebutan jawatan Menteri Besar, bukanlah yang pertama melibatkan PAS.

Dalam beberapa kes lain terutama sekali yang membabitkan HUDUD dan NEGARA ISLAM, PAS terpaksa membuat pusingan U apabila DAP dan PKR menjadi penentang PAS yang paling kuat.

Anehnya, setiap kali dimarahi oleh DAP dan PKR, setiap kali itulah juga, PAS akan menghalakan kemarahan dan kekecewaan mereka kepada UMNO.

Pastinya kes yang berlaku di Masjid Ar-Rahman ini juga akan dibabitkan dengan UMNO. PAS tidak pernah mengambil iktibar apa yang berlaku. Kebencian kepada UMNO mengatasi kewarasan pemikiran mereka. Dan sekalipun ada di kalangan orang PAS yang cuba berfikiran waras, namun mereka akhirnya akan terpaksa akur dengan golongan seperti Mat Sabu, Khalid Samad, Hanipa Maidin dan sebagainya.

Semuanya kerana takutkan kehilangan undi Cina dan India yang seringkali dimomok-momokkan kepada PAS mengakibatkan PAS menjadi sebuah parti yang dipenuhi dan dipimpin oleh golongan berakal pendek.

Hanya kerana takut undi Cina dan India lari!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana