Sorry Uncle Lim...Jom Kita Dengar Apa Yang Dikatanya

Ibarat cempedak sudah jadi nangka.Seperti diduga sejak sebelum hari penamaan calon lagi DAP membuat percaturan yang silap apabila cuba menjadikan calon Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud,27 tahun sebagai 'penghias tingkap' calon mewakili parti itu dalam PRK Teluk Intan.

PRK Teluk Intan yang diadakan ekoran kematian wakil rakyat DAP,Seah Leong Peng, bukannya pertandingan memilih ratu cantik. Soal calon itu cun ke, tua atau berambut putih hanya sekadar pada pandangan mata.

Kedengaran ada kalangan ahli DAP yang merungut kalau dari awal mereka menamakan seorang calon Cina, keputusan Sabtu mungkin berbeza. Pengundi Cina selain keluar berduyun-duyun, mereka sudah pasti memilih calon DAP.

Tetapi apapun,keputusan meletakan Dyana banyak dipengaruhi sikap 'Uncle Lim' @ Lim Kit Siang. Bukankah Dyana setiausaha politiknya?

Lagipun Kit Siang mahu membuktikan DAP bukan parti rasis. Dengan menamakan Dyana sebagai calon, tektik DAP ialah mahu menarik sokongan pengundi Melayu khusus golongan muda.

Justeru sejak kempen bermula dua minggu lalu, Kit Siang tertekan melihat satu persatu kesalahan dilakukan Dyana. Selain tidak berupaya mendepani pihak media, beliau juga mencetuskan isu kontroversi berhubung isu UiTM. Beliau mendakwa kerajaan UMNO bersikap rasis dengan menubuhkan UiTM untuk para pelajar Melayu semata-mata. Kesannya jelas menyebabkan pengundi Melayu menjauhkan diri.

Pengundi Melayu termasuk para penyokong PAS merasa keciwa kerana sikap Dyana dalam isu hudud. Belum lagi bergelar YB, Dyana sudah memberi gambaran akan menentang hudud di Parlimen bersama-sama wakil rakyat DAP yang lain. Bagi PAS pula, mereka keciwa gadis Melayu itu tidak menutup aurat sekadar menggunakan selendang menutup kepala. Jika Dyana berhijab tempoh hari, peluangnya jauh lebih cerah. Hati dan mata petugas PAS jauh lebih sejuk dan selesa.

Sebaik tirai pilihanraya berlabuh pada jam 5.00 petang Sabtu terkesan suasana positif di pihak kem BN. Calon BN, Datuk Mah Siew Keong yang membuat rondaan ke pusat-pusat mengundi sebelah pagi dan petang kelihatan lebih riang dari biasa.

Suasana di kem-kem BN kelihatan bersahaja namun keadaan di pihak DAP pula sudah menampakkan tanda-tanda cemas. Kenyataan Kit Siang bahawa jika peratus pengundi kali ini kurang dari 80%, peluang DAP bakal terjejas.

Kenyataan beliau seperti membunyikan hon ketika lampu trafik berwarna merah. Ia mahu membangkitkan rasa cemas para petugas serta penyokong DAP agar berusaha membawa seramai boleh penyokong DAP ke peti-peti undi.

Sama ada kenyataan ini reverse psykologi di saat-saat terakhir ia memberi kelebihan pada BN. Kalau BN pada awal berada dipihak “defensive” atau mengambil sikap bertahan, kini skripnya lain. Pada petang Sabtu dan beberapa hari sebelum ini, kelihatan keceriaan diwajah-wajah mereka.

Kehadiran Menteri Besar Perak Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir dan isteri sejak awal pagi memberi suntikan semangat. Cara beliau melayan dan bersemuka dengan orangramai yang bersahaja serta menggunakan kelebihan melalui senyumannya membuahkan kesan positif.

Reaksi dan pendekatan Dr.Zambry terhadap provokasi dari pembangkang segera menjadi bahan perbualan sepanjang hari. Mana tidaknya Dr.Zambry bukannya tampil dengan wajah bengis menghampiri pihak pembangkang.

Sebagai contoh ketika berada di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padang Tembak, petugas PAS yang menyedari kehadiran Dr.Zambry telah melakukan provokasi melalui pelbagai teriakan serta kata-kata kesat.

Mereka melaungkan 'undi Melayu' berulang kali dengan nada tinggi sebaik Menteri Besar turun dari kenderaan. Apa yang berlaku menyebabkan mereka keciwa kerana bukannya provokasi dibalas Dr.Zambry sebaliknya beliau menemui mereka secara gentleman.

Selain menyapa mereka dengan penuh kemesraan, Dr.Zambry berkata: "Kalau nak undi Melayu, undilah UMNO," merujuk kepada seorang penyokong pembangkang. Ia menyebabkan ramai yang tersenyum. Kemudian kumpulan ini yang merasa panas telinga membalas: "jika UMNO kami tak mahu, lawan tetap lawan".

Strategi Dr.Zambry dalam kadar bersahaja itu memeranjatkan mereka. Beliau tampil memegang, mengosok dan menepuk bahu penyokong pembangkang seolah mengenali mereka. Seorang rakannya memberi reaksi "apa pun kepalanya Melayu." Kenyataan itu merujuk kepada Menteri Besar Perak adalah dari orang Melayu.

Lebih melucukan walau diserang dengan provokasi, ramai antara mereka tampil bergambar dengan Menteri Besar. Dan beliau pula tidak menghampakan mereka.

Kalangan BN pada mula berdepan provokasi seperti maki hamun dalam laman-laman web termasuklan tektik jahat Red Bean Army (RBA) yang menyamar sebagai “orang UMNO” menghina Dyana melalui gambar-gambar superimpose dan sebagainya.

Salah satu poster diedar ialah gambar Dyana minyum bir serta berbikini. Maka tidak hairan pihak pembangkang menyerang serta menuduh UMNO dibelakang perbuatan biadap ini.

Kemudian beberapa hari sebelum mengundi,poster-poster Mah di Sungai Nibong diconteng dengan menggunakan cat hitam yang tertera perkataan “Bodoh.”

Dalam PRU ke13 lalu tektik sama digunapakai tapi cat ketika itu berwarna merah.

Pada saat-saat akhir BN yang memulakan pemtempuran sebagai underdog mendapat suntikan semangat dari Perdana Menteri yang sedang melakukan lawatan kerja ke China selama enam hari. Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan Mah akan dilantik sebagai menteri jika beliau dipilih sebagai wakil rakyat Teluk Intan. Mah terdahulu menolak perlantikan Senator sebagai langkah terdesak bagi membolehnya memegang jawatan menteri.

Bagi penduduk di Teluk Intan khusus pengundi Cina, ia seperti icing on the cake.

Ia memberi mereka peluang mendapat khidmat jauh lebih berkesan lebih-lebih apabila Mah,selain Presiden Parti Gerakan, juga bakal duduk dalam kabinet sebagai menteri.

Barangkali pengumuman Najib serta kesilapan tektik DAP dengan meletakan calon Melayu dikawasan dimana majoriti pengundinya kaum Cina (42%) memudahkan jentera BN menghadapi cabaran pembangkang kali ini.

Jika kita lihat keputusan yang diumumkan jam 9.40 malam, BN memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana, 19,919 dari jumlah pengundi 40,236 orang.

Yang agak ironi ialah jumlah undi rosak 543 manakala jumlah keluar mengundi 67.4% berbanding dalam PRUke13,melebihi 80%. Jumlah pengundi ialah 60,483.

Faktor peratus keluar mengundi mendorong Pengerusi SPR Tan Sri Abd Aziz Mohd Yusof dalam ulasan awal mengatakan rasa keciwa. Katanya sasaran SPR untuk mencapai 70% tidak tercapai.Katanya jumlah peratus ini adalah kedua terendah selepas PRK Bukit Gelugor dan ia akan disiasat.

"Kami tidak tahu kenapa jumlah pengundi yang keluar pada hari ini rendah sedangkan cuaca amat baik sehingga jam 5 petang tadi.

"Malah, keadaan lalu lintas dan ketenteraman sekitar Teluk Intan berada dalam keadaan terkawal," katanya.

Walaupun komen ini memperlihat kekeciwaan dipihak SPR, ia seperti rahmat bagi jentera BN. Dalam PRU ke13 lalu calon DAP memperoleh 7,313 undi majoriti. Peratusan ini dibantu dengan jumlah pengundi melebihi 80%. Ketika itu selain para pengundi Cina di Teluk Intan keluar beramai-ramai sejak pagi-pagi lagi, kali ini jumlah itu jauh merosot. Banyak peti undi mencatat angka yang memeranjat apabila pengundi dulu tidak tampil mengundi.

Satu lagi faktor ialah ketidak hadiran para pengundi dari luar seperti dari Singapura dan Wilayah Persekutuan/Selangor dengan jumlah yang besar berbanding 5 Mei,2013 seperti diyakini DAP.

Kali ini walau disediakan kenderaan, para pengundi berkenaan seperti memilih untuk tidak pulang. Selain dari itu jentera BN juga menyedari bahawa kenderaan menggunakan plet-plet Wilayah atau plet luar tidak banyak di pekan hingga tidak berlaku trafik jam.

Ini berbeza tahun lalu apabila suasana di bandar Teluk Intan menjadi kelam kabut sejak awal pagi lagi dengan kehadiran kenderaan luar. Petanda positif ini membantu BN dari segi moral.

Tektik DAP mengharapkan pengundi luar dengan menyediakan kenderaan tidak mendatangkan hasil sebaliknya dilihat lebih kepada membuang masa semata-mata. Dari menumpukan kepada pengundi luar, mereka sepatut memastikan pengundi Cina berjumlah 42% keluar dan mengundi Dyana. Ini tidak berlaku malah setengah dari pengundi Cina tidak teragak-agak memperlihat sokongan terbuka kepada calon China yang mewakili BN iaitu Mah.

Kita percaya sehari dua lagi DAP akan mengeluarkan kenyataan bagi mengulas prestasi serta punca kekalahan mereka pada 31 Mei ini. Seperti biasa kita akan dengar BN bakal dipersalahkan kerana corak kempen yang agresif serta pengunaan elemen-elemen fitnah dan sebagainya.

Hakikatnya Kit Siang yang beria-ria mahukan Dyana menjadi calon parti itu di Teluk Intanlah yang harus mengambil tanggungjawab. Umum percaya jika DAP meletakan calon Cina seperti diminta DAP tempatan, peluang mereka jauh lebih cerah. Ini tidak dilakukan kerana mereka merasakan dengan menampilkan calon cun,gadis muda Melayu pula serta anak orang UMNO maka peluang mereka untuk menang lebih baik.

Atas kertas mereka mengira para pengundi Melayu akan terpukau kecantikan calon DAP berbanding Mah yang sudah 52 tahun dan beruban. Sementara faktor ini tidak boleh dinafikan pada masa sama pengundi Melayu tidak mengambil kira aspek ini. Mereka sedar langkah DAP ini sebagai perangkap untuk menarik sokongan orang Melayu pada parti itu serta cuba memancing sokongan kaum muda Melayu.

Ini yang mendorong mereka memihak Mah walaupun dia berbangsa Cina kerana mereka merasakan beliau jauh lebih ikhlas. BN dilihat berpegang pada prinsip setiakawan apabila tidak tunduk pada tekanan agar BN meletakan calon Melayu bagi mendepani Dyana sebaliknya mempertahankan status quo.

Kita juga dapati penyokong PAS seperti di Kampung Bahagia, Kampung Selabak serta beberapa kampung Melayu di Padang Tembak tidak keluar beramai-ramai mengundi. Mereka dikatakan keciwa kerana sikap DAP mengenai hudud dan kalimah Allah serta sikap calon DAP itu sendiri.

Kini terpulang pada Kit Siang sama ada untuk kekal bersama-sama DAP ataupun mengambil keputusan bersara dari parti. Kekeciwaan tidak boleh terubat dengan pengekalan Dyana sebagai Setiausaha Politik ahli parlimen Gelang Patah itu selama-lamanya. Mungkin inilah masa untuk Uncle Lim berubah posisi pula.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL