Pejabat Pelajaran Tiada Pendidikan Punca Ros Haya Aziz Didera PPD Hulu Terengganu.

Memang PPD Hulu Terengganu Tak ada akal dan tiada budi. Apa yang terjadi?
Cikgu Roshaya Aziz bukan sekadar guru malah beliau juga merupakan penulis dan juga penerbit buku-buku pembelajaran khas untuk membantu kanak-kana yang bersalah dalam pendidikan.
Bermula dengan bahasa Melayu sayang hingga ke konsep LIBATU untuk kanak-kanak Khas yang dirasmikan oleh Datin Rosmah mansor setahun lepas di Kelantan anjuran Perdasama.Selain menjadi Guru Khas Ros Haya banyak menyumbang kearah penambahbaikan sistem pembelajaran kanak-kanak khas di Terengganu dan Malaysia.

Beberapa tahun lepas Ros Haya yang juga merupakan guru lulusan Open University telah di tukar ke Hulu Terengganu di SK Ping kerana kenaikan pangkat sebagai Guuru Besar.
Semenjak itu Ros Haya berulang alik ke sekolah dengan ditemankan suaminya Wan kamal setiap hari. Tahun lepas Ros haya di tukarkan kesebuah lagi sekolah di Hulu Terengganu. Ros Haya tetap bersemangat dalam kerjayanya.

Malang Tidak berbau.

3 bulan yang lalu, secara tiba-tiba, suami yang setia menghantar dan mengiringi Ros haya ke sekolah di Kuala Berang telah diserang angin Ahmar yang menyebabkan suaminya lumpuh separuh badan.
Walau Ros Haya tidak mendapat pembelaan dari mana-mana pihak, namun suami yang lumpuh itu perlu mendapat penjagaan. Ros Haya telah memohon untuk bertukar sekolah ke Kuala Terengganu dan permohonan beliau direstui oleh Pejabat pendidikan Negeri.

Namun begitu, Pejabat Pendidikan Hulu terengganu enggan melepaskan Ros Haya tanpa memikirkan sedikit pun masalah yang menimpa Ros Haya. Soal pertukaran untuk Ros haya ditutup terus dan tiada perbincangan lagi kerana jawapannya TIDAK oleh PPD Hulu Terengganu. Inilah penderaan fizikal dan mental yang dilakukan terhadap Ros haya oleh PPD Hulu Terengganu.

Sungguh memalukan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL