Tindakan Kor Ming 'Berkung Fu' Memalukan - MB Perak
TELUK INTAN 30 Mei - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perbuatan Pengerusi DAP negeri itu, Nga Kor Ming menendang risalah Barisan Nasional (BN) dalam satu ceramah di sini baru-baru ini disifat sebagai sesuatu tindakan yang memalukan memalukan.
Menurut Zambry, tindakan Kor Ming tidak mencerminkan sikap seorang ahli politik yang berhemah, walaupun memegang jawatan tinggi dalam parti di peringkat negeri.
"Amat malang apabila dibuat (aksi menendang risalah BN), dia terjatuh sendiri dan orang dapat saksikan. Waktu ini, mungkin masing-masing bercakap penuh emosi.
"Tetapi perlakuan dan watak sangat penting kerana ia menggambarkan pemikiran dan peribadi yang sebenar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan rakyat di Masjid Sultan Idris II di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Kor Ming yang cedera di buku lali selepas gagal dalam aksi 'kung fu' untuk menendang risalah yang mempromosikan calon BN, Datuk Mah Siew Keong bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, pada Isnin lepas.
Susulan insiden itu, Nga dilaporkan menerima rawatan di Hospital Teluk Intan.
Zambry menegaskan BN tidak sekali-kali mengajar anggota partinya bersikap biadap sehingga hilang pertimbangan seperti itu.
"Saya nak suarakan di sini untuk rakyat fikirkan. Apakah bentuk dan jenis ahli politik seperti ini yang kita perlukan untuk masa depan negara kita," katanya.
PRK Teluk Intan esok menyaksikan Mah berdepan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

Comments