Teluk intan... debaran memuncak

Sesuatu yang pelik hari pengundian pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan adalah ianya berjalan lancar. Lancar dari sudut jalan raya tidak sesak. Tidak macam mana-mana pilihanraya kecil sebelum ini.

Membaca lapangan, jalan-jalan di pekan Teluk Intan tidak sesak seperti yang sering kita lihat setiap kali pilihanraya.

Ada beberapa plat kereta luar, tapi tidak sebanyak yang diduga dan belum pasti merupakan pengundi.Ada yang kata, ini petanda pengundi luar tidak balik seperti yang diharapkan oleh DAP.

Ini kerana 30 peratus dari 25,310 pengundi Cina di Teluk Intan merupakan pengundi luar. Mereka ini yang rata-rata berumur bawah 40 tahun merupakan penyokong kuat pembangkang dalam PRU13 lalu.

Ada cakap-cakap tersebar dikalangan wartawan, program makan besar DAP pada Jumaat gagal mendapat sambutan.

Program makan-makan yang dibuat berdasarkan jurai keluarga (contoh: Keluarga Lim, Keluarga Nga) dan lain-lain tidak mendapat sambutan.

"DAP tahu mereka akan kalah semalam lagi..."kata seorang wartawan senior di pusat media.

Pun begitu, ia bukanlah indikasi BN akan menang mudah. Melihat mood pagi Sabtu di sekitar pekan Teluk Intan, nampaknya keputusan satu lawan satu antara BN dan DAP amat sengit."Siapapun menang hanya dengan majoriti bawah seribu, atau 51 peratus," ramal seorang petugas parti.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL