Sedar Lah Pengundi Teluk Intan..... Bila India tuntut janji PRU, AP DAP suruh tanya Dato Mah
Masyarakat India Telok Intan bukan orang berada dan memerlukan sokongan dan bantuan kerajaan. Kini mereka sudah menyesal memberi undi kepada dua ahli Parlimen DAP berturut-turut dan serik dari ditipu lagi.
Pada pukul 5 petang tadi, sekumpulan 20 orang penduduk Ladang Seri Intan telah berdemo di jalan masuk ke ladang menyuarakan rasa kecewa dengan sikap dan janji-janji kosong wakil rakyat DAP.
Sudah 2 kali berturut-turut mereka memilih pembangkang tetapi berkali-kali kita ditipu dan janji dimungkiri.
DAP punya sokongan dari taukeh-taukeh dan hartawan dan mampu. Tapi berdolak dalih dan larikan diri lepas pilihanraya.
Mana janji DAP untuk menaik taraf kuil Hindu, bantuan kepada keluarga miskin dan sumbangan komputer untuk sekolah Tamil? Bukan saja itu, calun DAP menipu wang peribadi juru-juru kempen dan pengundi.yang membantu DAP semasa PRU yang lepas.
Bila kaum India ini menuntut, AP DAP hanya suruh minta pada Dato Mah.
Rasanya tiada muka comel boleh meredakan kemarahan mereka.
Usaha sekumpulan penyokong India DAP dari KL mengedar 15,000 keping VCD di kawasan PDM majoriti India untuk mengungkitkan kemarahan mereka dengan isu kuil dan sekolah Tamil pun belum tahu mengubah arah sokongan kepada DAP.
Dengan calun yang telah jadi bahan lawak kerana video Lim Kit Siang merampas mikrofon telah tersebar ke estet, rasanya jumlah besar kaum India mahu kembali kepada BN.
Baik undi Dato Mah. Selama ini pun, Dato Mah tak pernah mengecewakan kaum India. Pastinya mereka tidak mahu ditipu DAP untuk kali ke 3 dari calun yang cakap pun tak dibenarkan.
Comments