Perjanjian Panda : Mahfuz Gelar Kerajaan Pusat Tolol, Bahalul....Tak abis abis Mahfuz ni tonjol kan kebodohan nya

KUALA LUMPUR 29 Mei - PAS mengkritik perjanjian kerjasama konservasi antarabangsa panda gergasi yang ditandatangani oleh Malaysia dengan negara China dan menggelar perjanjian tersebut sebagai satu perjanjian 'tolol' yang dibuat oleh kerajaan yang 'bahalul'.  

Ketua Penerangannya, Datuk Mahfuz Omar berkata pembiayaan sebanyak RM70 juta dan dibayar sehingga tempoh 10 tahun yang ditanggung oleh kerajaan bagi menjaga hubungan diplomatik dengan negara tersebut adalah suatu perkara yang sia-sia.

"Bersempena dengan 40 tahun hubungan diplomatik dengan kerajaan China, kita yang kena bayar kepada mereka. Sedangkan mereka langsung tidak memberi apa-apa kepada kita. Jadi, bagi saya ini merupakan satu perjanjian yang paling 'tolol' yang dibuat oleh kerajaan yang 'bahalol' dalam sejarah dunia.

"Bagi saya, ianya sesuatu yang sangat tidak menguntungkan," katanya.

Dalam pada itu beliau turut mempersoal tindakan kerajaan yang sanggup membayar dalam jumlah yang begitu besar bagi membawa masuk dua panda gergasi yang dilihatnya sebagai semata - mata untuk menjaga kepentingan politik antara negara tersebut.

"Apakah kita hanya ada hubungan diplomatik dengan negara China? Bagaimana pula dengan negara-negara lain? Adakah dengan negara-negara lain juga kita mempunyai nilai sentimental yang membawa kepada peringkat sanggup untuk membayar?

"Apa yang saya ingin katakan di sini adalah, kita boleh menjaga hubungan diplomatik dengan negara-negara lain tanpa perlu membayar sepertimana yang dibuat dalam perjanjian dengan negara China," ujar Mahfuz.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana