Pelancong China dan pekerja Filipina yang diculik di Semporna 2 April lalu diselamatkan

Dua wanita iaitu seorang pelancong China dan pekerja Filipina yang diculik di Singamata Reef Resort, Semporna, 2 April lalu telah berjaya diselamatkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu mereka diselamatkan di Kepulauan Jolo pada jam 10.30 pagi Jumaat.

Pelancong China ituy ialah seorang pelajar bernama  Gao Hua Yuan, 29, manakala  pekerja Resort Singamata, Semporna, ialah Marcy Dayawan, 40.

Mereka telah  diculik sekumpulan penjenayah lengkap bersenjata api yang mendarat di pusat peranginan itu.
Hamza Taib, berkata mereka berdua sudah berada di Sabah, petang ini.

Katanya polis akan mempercepatkan usaha menghantar pulang  Goa Huayun ke China dengan segera.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi twitternya mengucapkan tahniah atas kejayaan menyelamatkan mereka.

Katanya kejayaan itu adalah hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina.

Menurut beliau tiada tebusan yang dibayar.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL