MH370: Tak cukup power...Misi Bluefin-21 batal separuh jalan

Hari ke 39...Pencarian dalam air kini bermula dengan khabar buruk... kedalaman dasar laut di kawasan carian melebihi 4,500 meter sehingga memaksa operasi carian yang sepatutnya 16 jam jadi hanya enam jam.

Selain kemungkinan besar, sebuah kenderaan lain yang mempunyai keupayaan menyelam lebih dalam diperlukan.

Ini kerana kenderaan dalam air automatik (AUV), Bluefin-21 yang digunakan terpaksa membatalkan misinya yang pertama selepas enam jam menyelam ekoran kedalaman yang melepasi had operasinya.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataannya di Perth hari ini melaporkan, Bluefin-21 sepatutnya menghabiskan masa selama 16 jam bagi mengumpul maklumat di dasar laut melalui kelengkapan sonar yang dipasang.

"Namun selepas enam jam menyelam, peralatan itu melepasi kedalaman had 4,500 meter dan terpaksa naik semula ke permukaan atas faktor keselamatan.

"Segala data yang dikumpulkan sepanjang enam jam meneroka dasar laut tersebut akan diteliti dan dianalisis," jelas kenyataan itu.

JACC memutuskan untuk menggunakan AUV milik Amerika Syarikat (AS) itu petang semalam selepas pasukan mencari tidak lagi mengesan sebarang isyarat daripada kotak hitam pesawat MH370 yang hilgan sejak 8 Mac lalu.

Bagaimanapun menurut JACC, Bluefin-21 sedia digunakan untuk misi kedua bagi meneruskan operasi mengumpul maklumat dan petunjuk baharu.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia telah melakukan segala daya untuk mencari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac, dan dapat merasa tenteram kerana bantuan yang diberikan dari serata dunia.

"Kita telah berkongsi, dan menerima data radar tentera, sambil meletakkan usaha mencari mengatasi keselamatan nasional," katanya dalam ucapan di Forum Putrajaya 2014  Isnin.

Pencarian itu, kata beliau, telah menyebabkan aset dari berpuluh negara bergabung dan dikerahkan dalam usaha yang benar-benar bersifat global.

"Dalam tempoh sebulan lalu, kita telah melihat kapal-kapal China memasuki perairan Vietnam untuk mencari pesawat berkenaan," kata beliau, sebagai menyebut contoh tahap kerjasama yang dapat dilihat semasa operasi mencari.

Najib berkata cabaran-cabaran ini ditangani dengan bantuan dari rakan-rakan Malaysia dalam Asean, dan bergantung pada perhubungan yang dipupuk di luar struktur formal Asean.

"Sambil memperkukuh Asean, tugas kita turut meliputi kolaborasi lebih luas dalam keselamatan," katanya pada forum dengan tema 'Memperkukuh Keselamatan dan Kestabilan Serantau".

Ia diadakan bersempena berlangsungnya Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) ke 14 di sini mulai hari ini hingga 17 April.

Penerbangan MH370 ke Beijing dengan 239 orang di dalamnya meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang dari imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di ruang angkasa Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Najib mengumumkan pada 24 Mac - 17 hari selepas kehilangann pesawat itu - bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Operasi mencari melibatkan beberapa negara sedang dijalankan di selatan Lautan Hindi, di luar pantai bandaraya Perth, Australia.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL