1.2 juta mula terasa Ketiadaan Air....Di Selangor
Kuala Lumpur: Kira-kira 1.2 juta pengguna dari 300,000 isi rumah di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mula mengalami kesan terputus bekalan air atau tekanan rendah, ekoran pengurangan pengeluaran air terawat oleh lima loji rawatan air (LRA) atas arahan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor, semalam.
Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) Priscilla Alfred berkata, ia membabitkan tujuh wilayah sekitar Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor.
“Rezab bekalan air sedia ada yang sangat kecil dan dalam keadaan biasa sudah tidak mampu untuk menampung paras permintaan pengguna kerana kelima-lima loji rawatan air terbabit membekalkan 60 peratus daripada keperluan air terawat,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) iaitu pihak yang bertanggungjawab terhadap sumber air mentah kerajaan Selangor telah mengeluarkan surat arahan pada 24 Februari lalu kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) yang mengurus tiga loji berkenaan agar mengurangkan pengambilan air mentah sebanyak 200 juta liter sehari (JLH) dari Sungai Selangor.
Loji terbabit ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 3 dan LRA Sungai Rasa manakala LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Rantau Panjang diurus Puncak Niaga (M) Sdn Bhd.
Pada masa sama, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sudah mengarahkan SYABAS menyediakan pelan pengagihan bekalan air berjadual bagi pengguna yang terbabit untuk dibentangkan kepada SPAN, hari ini.
PENDUDUK Kampung Leboh Dagang, Banting mengisi air yang dibekalkan SYABAS, semalam.
“Jika pelan pengagihan bekalan air berjadual ini diluluskan SPAN, ia akan diumumkan kepada pengguna secara bersama oleh pihak SPAN dan SYABAS pada 28 Februari ini untuk dilaksanakan mulai Ahad ini,” kata Priscilla. - BERNAMA

Comments