MCA nekad bertanding di Kajang...siapa calonnya?Jeng...Jeng
Belumpun Dewan Tertinggi BN duduk bermesyuarat mengenai PRK Kajang yang terpaksa diadakan berikutan perletakan jawatan ADUNnya, MCA sudah nekad.Walaupun timbul cakap-cakap agar calon BN DUN Kajang hendaklah dipilih bukan dari formula lama iaitu kouta parti, tapi nampaknya MCA tidak mahu lepaskan kerusi miliknya itu.
Menurut Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, pihaknya telah menyenarai pendek calon yang akan bertanding di Kajang.
Beliau berkata senarai calon itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan BN dalam masa terdekat bagi membuat keputusan calon mana yang layak bertanding di kawasan itu.
"Pilihan raya kecil di Kajang nanti adalah amat penting bagi MCA dan BN. Saya berharap kita bersama-sama kerja keras untuk memenangi DUN ini kerana kita juga nak pastikan suara kita lebih kuat untuk membela nasib rakyat di Selangor," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di ibu pejabat parti komponen BN itu hari ini.
Mengenai cadangan meletakkan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai calon MCA di Kajang, Liow enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu walaupun menyifatkan terdapat kemungkinan populariti atlet itu dapat menandingi populariti Anwar.
Semalam, akhbar melaporkan Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul berpendapat MCA perlu meletakkan calon popular untuk mengatasi Anwar dan mencadangkan Chong Wei sebagai calonnya.
Sementara itu, Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie ketika ditemui pemberita berkata Liow perlu bertegas untuk meletakkan calon MCA bagi bertanding di kerusi DUN itu kerana ia merupakan kerusi tradisi MCA.
Beliau percaya dengan sokongan komponen parti BN dan jentera parti, harapan untuk memenangi kerusi DUN itu adalah cerah ditambah dengan transformasi kepimpinan baharu MCA.
Dalam pada itu, Heng berkata jentera pilihan raya kecil Wanita MCA yang dipengerusikan Pengerusi Wanita MCA Selangor Ong Chong Swen akan berusaha memastikan kemenangan BN pada pilihan raya kecil itu nanti.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan wanita diletakkan sebagai calon MCA pada pilihan raya kecil itu.

Comments