LAPORAN POLIS TERHADAP PENGHINA ANGGOTA POLIS TRAFIK TELAH DIBUAT!!!

Perbuatan menghina anggota polis trafik - walaupun sekadar dalam bentuk perlambangan - yang dilakukan oleh seekor chauvinist yang barangkali akan memberikan alasan, DIA MAIN-MAIN dan TIDAK SERIUS, mendapat perhatian daripada sebilangan orang.

Ramai yang percaya, perbuatan menghina PDRM akan menular semula. Golongan chauvinist yang biasanya sangat kuat menyokong DAP, hanya perlu mencetuskan isu seperti di dalam gambar di atas, dan kemudian akan adalah pecacai-pecacai dari kalangan Melayu-Bumiputera yang akan bekerja keras untuk mempengaruhi masyarakat Malaysia untuk membenci dan memusuhi PDRM.

Institusi kepolisian di negara ini sudah lebih 200 tahun. Malah sebenarnya institusi tersebut bermula jauh lebih lama sebelum kehadiran penjajah ke negara ini. Polis zaman dahulu yang dikenali sebagai hulubalang istana, tidak semestinya sempurna tetapi mereka mengangkat dan melaksanakan perintah dan undang-undang. Tanpa mereka, negara pasti akan berlaku kekacauan dan tiada sesiapa pun yang boleh tinggal di negara ini lagi.

Bertitik tolak daripada keadaan tersebut, selain sakit hati dengan penghinaan demi penghinaan yang dilakukan terhadap pihak dan anggota polis, beberapa orang tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang tengah hari semalam. Mereka diketuai oleh Safarizul Mustafa dan beberapa orang orang kuat Pemuda UMNO Ampang.

Safarizul yang tamat penggal perkhidmatannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Ampang atas faktor usia ketika dihubungi memberitahu, ini merupakan tanggungjawab mereka. Selama ini, polis seringkali menjadi mangsa belasahan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Polis juga seringkali dijadikan penyebab kepada masalah yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu. Malah menurutnya lagi, semakin kerap polis membuat operasi, semakin kuat pula tekanan dan pemburukan imej dilakukan oleh pihak tersebut.

Lantaran itu, laporan polis dibuat agar polis dapat menyiasat lelaki di dalam gambar di atas yang cuba memperolok-olokkan pihak polis. Berkemungkinan besar, lelaki tersebut pernah melakukan rasuah kepada anggota polis trafik, justeru, sebagai pengamal rasuah, lelaki tersebut bukan sahaja perlu disiasat, tetapi juga perlu diheret ke muka pengadilan. Mungkin dengan cara itu, dia akan boleh membantu pihak kerajaan memerangi rasuah yang sedang menular dalam badan-badan atau agensi-agensi kerajaan seperti PDRM sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL