BERITA TERBARU....MANGSA CULIK WARGA TAIWAN BERJAYA DISELAMATKAN

Ketua Polis Negara melalui akaun twitternya mengesahkan warga Taiwan yang diculik di Pulau Pom Pom, Sabah November lalu telah berjaya diselamatkan.

Mangsa kini berada di Hospital Merin di Sulu dan akan diterbangkan ke Zamboaga City esok.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan keselamatan Filipina di atas kejayaan tersebut.

Perkembangan selanjutnya masih ditunggu dari pihak berkuasa Filipina dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

MPM : Apa Masalah MCA Sepakat dengan DAP?