GERAKAN MENJATUHKAN SATU-SATUNYA MELAYU TERKAYA DALAM SENARAI 10 TERKAYA DI MALAYSIA BERMULA

Portal pemfitnah pro-pembangkang nampaknya cuba bermain dengan persepsi tentang kekayaan yang ada pada Tan Sri Syed Mokhtar dengan artikel yang dikeluarkan baru-baru ni . Ini mungkin untuk menyokong kenyataan ketua pembangkang di Parlimen baru-baru ini yang kononnya Syed Mokhtar sebagai 'kroni' UMNO.

Entah la apa pula 'game' yang cuba dibangkitkan oleh Anwar ni berkenaan penyahsenaraian BERNAS , tapi nampaknya macam ada cubaan untuk menjatuhkan Syed Mokhtar , satu-satunya Melayu yang ada dalam kelompok 10 individu terkaya dalam Malaysia . Majoriti rakyat Malaysia orang Melayu tapi majoriti yang terkaya di Malaysia ialah orang Cina . Ini fakta , dan yang satu-satunya Melayu dalam 10 terkaya ni pun sekarang cuba dijatuhkan. Ni semua kerja siapa ?

Apa motif Malaysiakini siarkan artikel tentang kekayaan orang ke-7 terkaya di Malaysia ? Kenapa tak disiarkan kekayaan orang yang no.1 hingga no.6 terkaya di Malaysia ? Adakah sebab Syed Mokhtar ni orang Melayu Islam jadi ada yang berniat jahat nak menjatuhkan beliau ? Kalau Syed Mokhtar pun jadi tak ada lagi lah wakil dari orang Melayu Islam yang tersenarai dalam 10 terkaya di Malaysia .

Malaysia ni negara majoriti Melayu Islam tapi kalau Syed Mokhtar pun ada yang nak khianat dan dengki dengan kekayaan beliau maka apa status Melayu di negara ni ? Dalam banyak2 syarikat yang tersenarai yang ada pegangan Syed Mokhtar , dah tentu ramai orang Melayu yang bekerja . Hasil pun hasil halal . Tapi kita tau dalam syarikat-syarikat tu pun ada juga yang totok-totok PR yang tak sedar diri.

Sudah lah Syed Mokhtar satu-satunya Melayu dalam 10 terkaya . Kalau tengok senarai tu , majoriti yang kaya pun orang-orang Cina. Tu pun masih tak puas hati nak jatuhkan satu-satunya Melayu dalam senarai tu. Memang bangsat punya Malaysiakini !

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL