Taktik baru peragut meragut...Berhati Hatilah Di Luar Sana
KUALA LUMPUR: Peragut kini mempunyai kaedah terbaru untuk menjalankan aktiviti meragut.
Caranya adalah dua peragut akan bersedia dalam sebuah kereta di persimpangan jalan.
Sebaik sahaja mangsanya melintasi persimpangan itu, peragut yang berada dikerusi penumpang akan keluar dan menyerang mangsa.
Dalam satu kejadian ragut di Desa Aman Puri, Kuala Lumpur, seorang wanita hampir kehilangan rantai emasnya apabila cuba diragut seorang lelaki yang tiba-tiba keluar dari keretanya.
Tindakan pantas wanita itu menolak kembali peragut ke dalam kereta menyebabkan peragut itu panik dan memecut meninggalkan mangsa.
Ketika kejadian, seorang pemandu lain secara kebetulan sempat merakam adegan itu melalui kamera yang dipasang di 'dashboard' keretanya.
Pemandu berkenaan, Lim Kwee Han kemudiannya menghantar rakaman adegan berkenaan kepada Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC).
MCAC kemudiannya menyebarkan taktik itu di laman sosial Facebook agar orang ramai lebih berhati-hati kelak.
Pegawai polis dari Sri Damansara berkata, masih tiada laporan polis dibuat berhubung dengan kejadian berkenaan dan menggesa mangsa untuk tampil ke hadapan membuat laporan.

Comments