MUKHRIZ KALAH DALAM PEREBUTAN TIGA TEMPAT UNTUK NAIB PRESIDEN!!!
Walaupun belum rasmi, namun keputusan yang ditunjukkan ialah, Mukhriz gagal dalam cubaan untuk mendapat tempat dalam heirarki kanan UMNO. Sebelum ini, Mukhriz kalah ketika merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dan tahun ini, Mukhriz gagal dalam cubaan untuk menyelitkan diri sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO.
Sekaligus mengingatkan kita kembali kepada perjalanan politik bapanya, Tun Dr. Mahathir yang turut menempuhi onak dan halangan yang hampir sama lebih empat dekad lalu sebelum akhirnya diangkat oleh Allah Taala sebagai pemimpin nombor satu Malaysia bergelar Perdana Menteri pada tahun 1981.
Tiga buah negeri dilihat menjadi punca mengapa Mukhriz kalah dalam pemilihan kali ini iaitu Johor, Pahang dan Selangor. Terdapat juga berita yang menyatakan, beberapa halangan telah dibuat terhadap Mukhriz termasuklah menghalang jentera kempennya terutama sekali yang membabitkan Selangor.
Namun kerjaya Mukhriz Mahathir sebenarnya belum lagi berakhir, sebaliknya BARU SAHAJA BERMULA. Mukhriz Mahathir merupakan Menteri Besar Kedah dan Mukhriz mempunyai peluang yang lebih besar untuk memajukan lagi kerjaya politiknya. Apatah lagi, dia mendaki perjalanan selaku pemimpin UMNO menerusi kaedah yang biasa iaitu bersusah payah terlebih dahulu.
Mungkin tidak keterlaluan kalau dikatakan, Mukhriz mempunyai banyak masa untuk membuktikan keperluan UMNO terhadap dirinya menerusi Pilihanraya Kecil Sungai Limau. Biarpun Mukhriz gagal mendapat sokongan utuh daripada Bahagian-Bahagian di Kedah untuk PAU 2013, namun dengan baki masa yang masih panjang, Mukhriz sebenarnya boleh mengatur segala gerak kerja, terutama dengan mendapatkan perhatian daripada rakyat Kedah sendiri.
Apalah sangat seorang pemimpin tanpa rakyat di bawahnya. Apalah hebatnya seorang pemimpin tanpa sokongan rakyat.
Mukhriz sewajarnya mengambil teladan daripada perjalanan politik yang telah ditempuhi oleh bapanya terlebih dahulu. Dia sudah mempunyai ENSIKLOPEDIA yang masih hidup dan boleh dijadikan rujukan pada bila-bila masa. Dia boleh mempraktikkannya di Kedah terlebih dahulu dan negeri-negeri yang menyokongnya seperti Sabah.
Lebih baik bermula dengan kecil berbanding terus bekerja untuk sesuatu yang besar. Apatah lagi Mukhriz sendiri pun bermula lewat dalam kerjaya politiknya. Dan nampaknya benarlah seperti yang dikatakan sebelum ini, Mukhriz perlu pergi mempengaruhi akar umbi terlebih dahulu di samping mempelajari selok-belok politik dalam UMNO yang penuh dengan rahsia dan misteri yang tersendiri.

Comments