MUKHRIZ IKUT JALAN RASULLULLAH... PAS PULA BAGAIMANA ?

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir menyeru penyokong UMNO dan Pas mengelakkan pergeseran sesama mereka sepanjang tempoh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini.

Beliau berkata, tindakan itu perlu agar usaha ke arah menjayakan proses perpaduan antara ahli dan penyokong kedua-dua parti terbesar orang Melayu itu terus berjalan.

"Apa yang penting ialah mengelak berlakunya pergeseran antara penyokong UMNO dan Pas supaya akhirnya tidak kira siapa yang dipilih menjadi wakil rakyat baharu di DUN Sungai Limau, proses perpaduan antara kedua-dua parti tidak tercemar dan terus berjalan," katanya ketika berucap dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, dekat sini hari ini.

Katanya, masyarakat Melayu perlu hidup bersatu tanpa mengira ideologi politik, latar belakang, tempat tinggal dan status ekonomi mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu berkata, langkah tersebut merupakan perkara penting jika mahu melihat pembangunan yang ingin dibawa ke negeri ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat teramai di Kedah iaitu orang Melayu.

Mukhriz menambah, boleh dikatakan majoriti orang Melayu menyimpan dalam hati mereka satu keinginan untuk melihat UMNO dan Pas tidak lagi bertelingkah.

Kata beliau, kedua-dua parti berkenaan mempunyai banyak persamaan tetapi malangnya dalam kancah politik perbezaan yang sedikit diperbesarkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana