MISI KE LUBNAN KUMPULAN KEDUA MALBATT 850-1

Subang, 29 Okt 13 - Majlis Penghantaran Kumpulan Kedua Malaysian Battalion 5 (MALBATT 850-1) bagi misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Abu Bakar bin Md Said TUDM pada 29 Oktober 2013, jam 4.00 petang bertempat di Balai Pergerakan Udara, Pangkalan Udara TUDM, Subang.

Kumpulan Kedua yang diaturgerakkan pada hari ini diketuai oleh Timbalan Komander MALBATT 850-1, Leftenan Kolonel Mohd Tahar bin Abd Razak. Pergerakan ini melibatkan kekuatan seramai 240 anggota terdiri dari 16 pegawai dan 224 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) termasuk seorang pegawai dan 11 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan 6 anggota wanita.

Jumlah keseluruhan jumlah anggota MALBATT 850-1 yang akan berkhidmat di Lubnan ini adalah seramai 540 anggota dan dijangka akan melaksanakan misi dengan tempoh selama 12 bulan iaitu bermula 22 Oktober 2013 hingga 22 Oktober 2014. Kumpulan pertama MALBATT 850-1 seramai 300 anggota telahpun berlepas ke Lubnan pada 22 Oktober 2013 yang lalu.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL