Memo BBC: Khalid enggan beri jaminan

SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan memberi sebarang ketetapan sama ada cadangan wakil-wakil rakyat Selangor untuk menambah peruntukan pembangunan akan diterapkan dalam Belanjawan negeri yang akan dibentangkan bulan depan.

"Ia tiada jaminan, sebab memo itu hanya beri beberapa cadangan. Dan cadangan (yang boleh dilakukan) akan dimasukkan di dalam belanjawan negeri," beliau memberitahu pemberita selepas bermesyuarat dengan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.

Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) yang dipimpin Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menghantar memorandum kepada Khalid pada 7 Oktober lalu yang menegur kepimpinan Menteri Besar itu kerana dikatakan membelakangkan suara wakil rakyat.

Memorandum itu juga dikatakan untuk membantah usul kerajaan negeri mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM100 juta.

Empat puluh empat wakil rakyat BBC juga menuntut Khalid untuk menambahkan peruntukan perumahan bagi golongan miskin, penyediaan biasiswa dan lain-lain. Mereka juga mahukan peruntukan tahunan untuk wakil rakyat ditambah kepada RM800,000 berbanding RM500,000 ketika ini.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang juga ADUN Bukit Antarabangsa bertegas rizab kerajaan negeri harus digunakan untuk manfaat rakyat Selangor dan bukan untuk dijadikan objek kebanggaan semata-mata.

Ramai daripada ahli BBC yang hadir pada mesyurat dengan Khalid pada minggu lalu, turut serta pada pertemuan petang tadi.

Ketika ditemui pemberita, Azmin hanya berkata mesyuarat hari ini bertujuan mendapatkan penjelasan daripada Khalid mengenai berhubung bajet negeri 2014.

"Ini mesyuarat biasa, berjalan dengan baik dan berbincang beberapa perkara mengenai Selangor, (tentang) semua perkara.

"Ini perjumpaan atas nama Pakatan Rakyat. Minggu lepas pertemuan dengan BBC, dan kita rasa ada keperluan untuk bincang dengan PR, itu yang kita jumpa hari ini. Banyak perkara kita bincang," demikian menurut Azmin.

Azmin menolak tanggapan beliau campurtangan dalam urusan penyediaan bajet kerajaan negeri dan menegaskan bahawa kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mempunyai hak dalam menyuarakan pendapat dalam usul bajet negeri.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL