MBSA kenakan lesen untuk pondok kutipan tol mulai Januari depan

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menguatkuasakan syarat baru bagi pemegang konsesi lebuh raya supaya membayar lesen perniagaan bagi pondok tol di bawah seliaan kawasan perbandaran tersebut bermula 1 Januari depan.

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Datuk Bandar MBSA Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, ia akan membolehkan MBSA mengutip sekurang-kurangnya RM218,000 setahun dalam bentuk kutipan bayaran bagi lesen pondok tol.

Beliau juga menyebut, langkah itu melibatkan sepuluh plaza tol dan 218 pondok kutipan bayaran tol.

“Sepuluh lokasi plaza tol berkenaan ialah konsesi Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (Guthrie),” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau menjelaskan, kadar itu meliputi bayaran lesen RM1,000 untuk setiap pondok bagi tempoh setahun, RM150 untuk iklan bercahaya tidak melebihi 8 meter persegi dan RM15 untuk setiap meter persegi tambahan.

Tambahnya, kadar lesen untuk iklan tidak bercahaya dengan keluasan tidak melebihi 8 meter persegi ialah RM200 dan RM20 untuk setiap tambahan meter persegi.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam mesyuarat bulanan MBSA kali kesepuluh tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana