Mangsa rogol ditanam hidup-hidup berjaya lepaskan diri

LAHORE: Selepas ditanam hidup-hidup kerana mendakwa menjadi mangsa rogol, seorang remaja perempuan berjaya menyelamatkan diri dengan menggali keluar dari bawah tanah.

Menurut media, remaja perempuan berusia 13 tahun itu diserang dua lelaki ketika berjalan sendirian di Toba Tek Singh, Punjab.

Mangsa kemudian dirogol sehingga pengsan dan suspek menyangka remaja terbabit meninggal dunia dalam serangan itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa kemudian ditanam di kawasan berhampiran.

Bagaimanapun, kata jurucakap polis, remaja terbabit tersedar semula dan berusaha menyelamatkan diri dengan menggali tanah yang menimbus dirinya.

“Beberapa orang yang kebetulan lalu di kawasan berhampiran terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa dan bergegas menyelamatkannya,” katanya.

Dia kemudian dihantar ke hospital untuk dirawat. Pada awalnya mangsa enggan bekerjasama dengan polis kerana mendapat tekanan daripada bapanya.

Dua lelaki kini ditahan pihak berkuasa hasil maklumat diperoleh. - AP

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL