Mahfuz Suruh Serah Balik Susu ‘Expired’ Kepada BN....Alahaiii...Mahfuz

YAN -  Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menasihati agar sesiapa sahaja yang menerima bantuan susu pekat dari Barisan Nasional (BN) di sini perlu memastikan tarikh luput untuk mengelak berlaku keracunan, selain  menyerahkannya kembali ke bilik gerakan BN.

“Saya meminta kepada BN agar membuat pengumuman kepada mereka yang menerima susu pekat tersebut mengembalikan kembali susu tersebut dan digantikan dengan yang baru.

"Kalau mereka tidak mahu membuat apa-apa pengumuman, saya meminta kepada penduduk yang mendapat susu tersebut agar menyerahkannya di bilik gerakan BN dengan segera.

"Dalam pada itu kepada sesiapa yang mendapat bantuan dari BN perlu memastikan tarikh-tarikh luput agar tidak berlaku keracunan ketika menggunakannya," katanya pada sidang media di Markas Induk PRK Sungai Limau, Khamis.

Sebelum itu seorang penerima susu berkenaan, Aishah Abd Rani, 70, dari Sungai Dedap tampil membuat aduan apabila turut menerima bantuan yang didakwa dari BN mengandungi susu pekat yang tamat tempoh.

Menurut Mahfuz lagi, warga emas terbabit hampir menggunakan susu tersebut, namun dihalang apabila anaknya mengetahui ada laporan mengenai susu tarikh luput yang diberikan BN.

Mahfuz turut mengulas kenyataan dari Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang meminta sesiapa mendapat susu tersebut membuangkannya sahaja.

Menurut Mahfuz, Abdul Azeez tidak boleh lepas tangan dan perlu buat pengumuman kepada penduduk untuk memulangkan kesemua susu pemberian BN itu.

"Jawapan yang mudah diberikan, sepatutnya BN kena bertanggungjawab menggantikan yang baru," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL