Kuatnya Main Wayang Ni...Siap Bergambar DiSebelah Jentera Lagi Tu

Ni Memang Lawak, Asal PRK kononnya buat kerja, sebelum PRK tidak mahu buat pula..

Ini ler tahap pemimpin PAS. Sudahlah agama pun dikelentong, bab segini pun nak dikelentong juga!

Punyalah kemaruk nak memenangkan calon dari PAS, Zul Yahya yang sebelum ini bertugas di Wisma Darul Aman dan lebih dikenali sebagai PENULIS UPAHAN, terpaksa menggunakan kelebihannya yang tersendiri.

Bayangkanlah... hanya dengan sepucuk surat bertarikh tiga hari sebelum ini, kononnya ditulis oleh calon PAS, Azam Samad yang dipanggil OSTAT, jentolak dan jentera penggelak JKR sudah datang untuk memperbaiki jalan-jalanraya di Sungai Limau. Punyalah hebatnya OSTAT punya aura, sampaikan Allahyarham Tan Sri Azizan yang pegang kawasan Sungai Limau selama lima penggal berturut-turut pun tidak mampu mengatasinya.

Para pendokong dan penyokong PAS tentu sekali akan percaya dengan GELEMBONG dan penipuan SI PENIPU bernama Zul Yahya yang menyamarkan diri dengan menyerkup kepala dengan kopiah putih. Tentu sekali ia juga akan menjadi modal untuk berkempen oleh jentera PAS yang sekarang ini sedang ketandusan idea untuk berkempen.

Hakikatnya, surat yang dihantar kepada JKR Negeri untuk menurap dan membaiki jalanraya di sekitar Sungai Limau sebenarnya dihantar oleh UPEN dan ICU Negeri dalam tempoh yang sudah tentu jauh lebih lama berbanding tiga hari. Dan penurapan tersebut tidak ada kena-mengena dengan kempen pilihanraya sebaliknya memberikan kemudahan memandangkan jumlah populasi sementara di Sungai Limau meningkat berkali-kali ganda.

Kalau 25 tahun, jalan sukar diturap, bagaimana pula dengan hanya 3 hari, jentera-jentera JKR boleh datang menyerbu Sungai Limau?

Melainkan, orang lain punya kerja, orang lain yang claim kredit... dalam kes ini, Zul Yahya cuba mendapatkan kredit untuk calon PAS!!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana