Kejayaan Kerajaan BN Uruskan Ekonomi Adalah Masalah Besar Bagi Pembangkang...Ulasan Annuar Musa Memang Yang Terbaik


KUALA LUMPUR, 29 Okt -- "Kita harus faham peranan dan pendekatan pembangkang di dalam negara kita, bagi pembangkang, apa-apa perkara yang memberikan kredit kepada kerajaan adalah masalah bagi mereka", ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Tambah beliau lagi ,"Dalam masa yang sama, kalau negara tidak aman, itu adalah kebaikan kepada mereka, jika polis tidak dapat bertindak dengan berkesan, juga adalah kebaikan kepada mereka, jika ekonomi negara muflis, itu adalah bonus kepada mereka".

Justeru jelasnya strategi pembangkang adalah untuk mengambil kesempatan daripada ketidak kecekapan dan ketidak upayaan kerajaan.

"Tapi dari segi kerajaan, tidak ada kerajaan dalam dunia ini hendak membebankan rakyatnya. Apatah lagi kita dalam sebuah negara yang demokratik, akhirnya kita tidak dapat lari dari hakikat di mana hukuman atau penentuan sama ada kita disambung mandat atau tidak adalah pada rakyat, empat tahun bukan satu tempoh masa yang lama," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Ketereh mengulas sikap pembangkang yang mengatakan bahawa Bajet 2014 adalah bajet menghukum rakyat.

Tambah beliau lagi tindakan pembangkangan menuduh bahawa Bajet 2014 sebagai membeban dan menghukum rakyat merupakan satu tuduhan yang telah dijangka lebih awal lagi dan sangat tidak tepat.

Apa yang dilakukan pembangkang jelasnya adalah mereka melihat dan mencari dari sudut manakah mereka boleh mendapat populariti dari apa yang dibentangkan dalam Bajet 2014.

"Sebab itu kita lihat bagaimana Ketua Pembangkang terkial-kial mengambil pendekatan memilih sesuatu perkara untuk diputar belitkan tanpa dia sendiri gagal untuk melihat bajet dalam konteks secara yang menyeluruh.

"Misalnya dalam pendekatan Bajet yang kerajaan ambil, ialah untuk memperkasakan ekonomi. Kita tahu kalau ekonomi tidak diperkasakan dari sekarang sudah pasti ia akan memberi kesan pada masa hadapan dan memperkasakan ekonomi tidak boleh diambil dalam masa setahun.

"Jadi kerajaan lihat dari persektif, skop yang lebih besar dan untuk memperkasakan ekonomi termasuk mengawal defisit, pertama ia tidak boleh secara mendadak. Kedua, kalau nak mengawal defisit ekonomi, perolehan kerajaan mesti bertambah dan tak mungkin ada perolehan kerajaan bertambah tanpa memperbaiki, memperelokkan, memperkemaskan sistem pencukaian. Pada masa yang sama tidak ada sistem pencukaian yang boleh dibuat dengan membuatkan semua orang akan gembira untuk membayar cukai," tambahnya lagi.

Justeru jelas beliau sebuah kerajaan yang bertanggungjawab ialah kerajaan yang menguruskan kaedah dan dasar pencukaian dengan baik.

"Begitu juga kalau nak mengawal defisit, kita juga harus mengawal perbelanjaan.

"Dalam kontek untuk menguruskan ekonomi dalam jangka masa panjang, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang berani melakukan tindakan tetapi tindakan yang dibuat itu bukanlah dengan cara yang sembrono tetapi ia dibuat secara berhemah," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL