KDN perkenal sistem biometrik elak PATI palsu dokumen - Zahid

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan sistem biometrik sebagai satu langkah komited dan tegas dalam memastikan tiada lagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini menjelang hujung tahun hadapan.

Menterinya, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini menjelaskan bahawa sistem yang diletakkan di bawah Ops Bersepadu ini berbeza dengan langkah 6P yang pernah diperkenalkan atas tujuan yang sama.

Dengan mewujudkan sistem biometrik dan kod bar, KDN melihat sistem ini lebih relevan dalam memastikan tiada lagi pemalsuan dan penipuan melibatkan dokumen perjalanan mahupun pekerjaan.

"Tiada lagi 6P, ini sistem biometrik yang berbeza, ini ada kod bar, kod bar ini boleh disemak oleh pegawai-pegawai penguatkuasa walaupun hanya menggunakan telefon bimbit, kita boleh lihat maklumat pemegang kad tersebut.

"Kita gantikan (langkah 6P) dengan Ops Bersepadu dan sekarang kita membenarkan majikan untuk memohon secara terus kepada kami. Sebelum ini mereka menggunakan agensi pekerja asing, di sinilah yang banyak penipuan berlaku.

"Satu sistem baru yang dipanggil FWCMS (Foreign Workes Centralize Mangement System) telah diputuskan oleh KDN untuk dilaksanakan sepenuhnya bagi menentukan bahawa setiap pekerja asing mempunyai kad berkenaan.

"Ini adalah satu sistem baru yang telah menentukan 100% pekerja asing ini mempunyai kad yang saya sebutkan tadi dan tidak akan ada seorang pun pekerja asing yang tidak ada kad menjelang akhir tahun hadapan," katanya.

Beliau turut memberitahu para pemberita bahawa kesemua negara pembekal pekerja asing telah bersetuju dengan dasar yang dibentuk kerajaan Malaysia dalam urusan menghantar balik mereka yang didapati gagal mengemukakan dokumen yang sah.

Kalau ada penangkapan yang dibuat dan penguatkuasaan dilakukan dengan 100% maka kami telah mendapat persetujuan daripada semua kedutaan mewakili negara sumber untuk tidak ada kompromi untuk menghantar balik semua pekerja asing yang tidak ada dokumen itu dan tidak boleh masuk semula.

"Dulu kerana tak ada biometrik, mereka balik ke negara asal mereka, mereka tukar nama, bila ada biometrik mereka tidak boleh tipu dan tidak akan ada seorang pun yang memotong jari orang lain untuk dilekatkan, dengan barkod dan biometrik," katanya lagi.

Malah KDN juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan sistem yang sama melibatkan pelajar asing yang menuntut di Malaysia.

Perkara ini dilihat dapat memudahkan pelajar untuk tidak membawa pasport dan visa ekoran digantikan dengan kad yang mempunyai kod bar dan juga pelaksanaan sistem biometrik.

"Ada terdapat permasalahan melibatkan pelajar asing di negara kita, kami telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pendidikan agar semua pelajar yang belajar di negara kita mempunyai sistem kad yang sama dan mereka tidak perlu membawa pasport apabila berada di negara kita.

"Identifikasi yang berkenaan boleh digunakan untuk menggantikan pasport mereka sebagai dokumen perjalanan mereka ketika mereka belajar di Malaysia.

"Perkara ini sedang diperhalusi oleh Kementerian Pendidikan dan kita harap kedutaan-kedutaan yang mempunyai pelajar-pelajar asing dapat memahami proses ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL