Video bukti Saifuddin...Nak Menafikan Lagi

SHAH ALAM: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution hari ini menafikan beliau pernah membuat kenyataan diberikan pejabat yang serba lengkap dengan kemudahan dan kakitangan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, susulan pelantikannya sebagai Ketua Staf di Pejabat Menteri Besar.

Beliau menafikan laporan Antarapos yang memetik beliau berkata sedemikian pada 3 September lalu di sidang akhbar di ibu pejabat PKR.

"Mana ada saya cakap seperti itu, saya tak pernah bercakap pejabat saya cantik ada penghawa dingin. nak 'complain' pasal pejabat pula, saya sudah lama dalam politik," katanya kepada Sinar Harian Online, yang cenderung kepada politik pembangkang.

Bagaimanapun rakaman video oleh Antarapos jelas menunjukkan keadaan sebaliknya dan menindakkan penafian Saifuddin itu.

Berikut disiarkan rakaman video Saifuddin membuat kenyataan mengenai pejabatnya di SUK.

Sinar Harian Online menyiarkan penafian Saifuddin terhadap laporan Antarapos namun tidak berusaha mendapatkan sebarang penjelasan daripada portal berita ini.

Isu pejabat  Saifuddin menjadi polemik di dalam  dan luar PKR selepas pemimpin kanan itu dikatakan dipinggirkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Politiknya Faekah Husin.

Sebelum ini, Saifuddin  memberitahu media beliau sudah memulakan tugas di pejabatnya, yang menurut beliau, serba lengkap di segi kemudahan dan kakitangan.

"Saya dah masuk, pejabat saya cantik, berhawa dingin dan mempunyai kakitangan yang berdedikasi, saya puas hati dengan keberadaan pejabat saya yang baru,” Saifuddin dipetik berkata.

Bagaimanapun, sumber  Bahagian Pengurusan dan Penyelenggaraan bangunan SUK mempertikaikan dakwaan bahawa Saifuddin diberikan pejabat "cantik dan kakitangan berdedikasi."

"Tidak pernah. Tak mungkin saya Sebaliknya menurut, sumber itu, Saifuddin hanya diberikan  sebuah bilik tanpa kemudahan asas mahukan pasukan kakitangannya sendiri di tingkat 5, berhampiran Seksyen Sektoral Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor.

“Bilik berkenaan hanya dilengkapkan dengan sebuah meja dan kerusi. Sehingga hari ini tidak ada sebarang permintaan daripada pejabat Menteri Besar atau Datuk Saifuddin sendiri untuk mendapatkan sambungan telefon, komputer serta peralatan pejabat yang lain," kata sumber itu.

“Kami difahamkan, pejabat itu akan digunakan secara sementara, tetapi belum ada sebarang arahan untuk menyediakan bilik tetap seperti  di tingkat 21,” kata sumber itu lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana