Tolong Jangan Halang PCA – KPN

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memerlukan undang-undang pencegahan jenayah bagi membanteras jenayah terancang dan jenayah berat dengan lebih berkesan.

Beliau menegaskan ketiadaan undang-undang yang lebih tegas akan memberi ruang kepada penjenayah bertindak di luar kawalan dan menjadikan negara seperti Mexico dan Columbia.

“Kita tidak akan membenarkan senario tersebut di sini dan kita mahu undang-undang pencegahan yang ketat dalam usaha membantu memerangi jenayah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum pencegahan jenayah dan keselamatan awam di Kementerian Dalam Menteri (KDN) di sini hari ini.

Forum tersebut dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khalid berkata cadangan pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1953 (PCA) begitu penting bagi membolehkan polis dapat menangani dan membanteras kadar jenayah yang semakin serius di negara ini.

Cadangan pindaan kepada Akta PCA 1959 dibentangkan di Parlimen, Rabu lepas, dengan antara lain memberi kuasa untuk menahan penjenayah tegar sehingga dua tahun tanpa perbicaraan.

Khalid juga berkata polis berjaya mengurangkan indeks jenayah di seluruh negara sebanyak 10.2 peratus sejak Ops Cantas Khas dilancarkan pada 17 Ogos lepas.

Katanya sehingga Rabu lepas, polis berjaya menahan 11,873 individu dan merampas sebanyak 401 senjata termasuk senjata api.

Justeru bagi memperkasakan lagi operasi tersebut, katanya beberapa inisiatif baharu akan diperkenalkan bagi menambahbaik penguatkuasaan pihak polis.

Katanya inisiatif baharu dan hala tuju Ops Cantas Khas itu dibincangkan dalam mesyuarat bersama semua Ketua Siasatan Jenayah Negeri di Kota Baharu, Kelantan, semalam.

“Kami juga telah berbincang dan memperoleh beberapa inisiatif baharu yang akan dilaksanakan untuk memerangi gejala jenayah…jadi kepada penjenayah bersedialah untuk berhadapan dengan kami,” katanya.

Menurutnya, ugutan bunuh yang diterima oleh anggota polis sejak kebelakangan ini juga jelas menunjukkan bahawa Ops Cantas Khas berjaya dan amat berkesan dalam memerangi penjenayah.

“Penjenayah kini sudah tergugat dan memaksa mereka mengambilkan tindakan terdesak dengan mengugut pihak polis, saya percaya anak buah saya tidak akan patah semangat dengan ugutan sedemikian,” katanya.

Beliau memberi amaran bahawa pihak yang membuat ugutan terhadap anggota polis akan tetap dikenakan tindakan.

Forum itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri dan Datuk Paul Low Seng, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

– BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL