TAHALUF SIYASI - PAS PERLU DEDAHKAN SYARAT-SYARATNYA....

Sebagai sebuah negara majmuk yang kaya dengan budaya, adat resam dan kepelbagaian agama, penyatuan antara kaum merupakan satu perkara yang amat sensitif di Malaysia. Penyatuan antara individu yang berbeza agama dan bangsa boleh dikatakan mustahil di negara lain. Namun di Malaysia, sejak 56 tahun yang lalu dan sebelumnya telah berjaya menemui formula yang tepat untuk memupuk perpaduan kaum.

Sungguhpun begitu, terdapat beberapa kejadian yang tak diingini kerana segelintir pihak yang bukan beragama Islam berniat untuk mengambil alih pentadbiran negara samada dengan cara politik, keganasan mahupun ekonomi. Umat Islam di negara ini sedar akan kepentingan untuk memegang tampuk kekuasaan negara. Tetapi, disebabkan oleh pemahaman politik, kepercayaan dan ideologi yang berbeza, ada diantara umat Islam yang terlupa dengan status mereka sebagai seorang Muslimin di negaranya sendiri.

Topik yang semakin lama semakin hangat diperkatakan oleh para penggiat atau penyokong parti politik dari kedua-dua belah pihak di Malaysia adalah konsep Tahaaluf Siyasi yang dibawa oleh PAS. Konsep ini diterjemahkan di dalam acuan Malaysia apabila PAS ingin menjustifikasikan hubungan “persaudaraan” mereka dengan DAP.

Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa ijtihad ini telah dipakai oleh Rasulullah semasa hayat baginda. Namun begitu, Tahaaluf Siyasi yang sebenarnya diaplikasikan oleh kerajaan Islam di seluruh dunia pada waktu ini sebenarnya menjadikan Tahaaluf Siyasi yang digunapakai oleh para pengikut Ikhwanul Muslimin semasa kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Untuk pengetahuan pembaca, pendapat berkenaan Tahaaluf Siyasi berbeza dikalangan ulamak. Ini kerana ulamak hiraki seperti Sheikh Muhammad Qutb dan al-Syeikh al-Imam Abu Nasr Muhammad bin Abdullah mengharamkan terus konsep Tahaaluf Siyasi seperti mana yang telah difirmankan oleh Allah di dalam surah Al-Maidah ayat ke 51 yang bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”

Ada juga ulamak yang mengharuskan tindakan Tahaaluf Siyasi seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Dr Mustoffa al-Tohhan dengan menggunakan dalil di dalam surah Al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud “Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. Sungguhpun ayat yang digunakan sebenarnya berkaitan dengan pengharaman arak dan judi, namun sesetengah ulamak mengaplikasikannya kepada konsep Tahaaluf Siyasi.

Pendapat kedua-dua golongan ulamak ini memang benar namun begitu tidakkah janggal sekiranya satu kerjasama antara pemimpin Islam dan bukan Islam dilaksanakan tanpa bersyarat? Ataupun, adakah syarat itu perlu dirahsiakan agar rakyat biasa tidak dapat mengetahui apakah perkara yang dipersetujui oleh para pemimpin yang beragama Islam dan bukan Islam berkenaan perjuangan politik mereka.

Barisan Nasional dan parti-parti komponennya bergabung atas semangat perpaduan. Syarat yang dikenakan terhadap pemimpin bukan Islam di dalamnya adalah jelas dan ia boleh dibaca oleh semua rakyat Malaysia tanpa ragu-ragu. Kedudukan Islam juga dijamin di dalam perlembagaan tersebut. Ianya termaktub di dalam Fasal ke-lima perenggan ke 2 (5.2) yang menyatakan bahawa “5. Tujuan-tujuan Barisan Nasional adalah seperti berikut: 5.2 Berusaha untuk mencapai pembangunan jasmani dan rohani dan mengekalkan Islam sebagai agama persekutuan.

Sungguh jelas bukan? Apakah konsep Tahaaluf Siyasi PAS mempunyai perkataan seperti ini di dalam perjanjian mereka dengan DAP. Ataupun, PAS dan DAP selama ini tidak mempunyai perjanjian spesifik. Mungkin mereka hanya berjanji mengikut naluri sahaja tanpa memikirkan kepentingan perjanjian mereka diiktiraf oleh rakyat Malaysia.

Apakah buku Jingga (Menifesto) yang diagung-agungkan oleh Pakatan Rakyat dilihat sebagai perjanjian antara DAP dan PAS? Ternyata ini bukan perjanjian yang benar-benar tulin, kerana mengikut kenyataan yang dibuat oleh Bendahari PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa menifesto itu bukan perjanjian.

Sekalipun buku jingga itu diangkat sebagai janji, ternyata ia membelakangkan agenda Islamik PAS yang mahukan negara Islam total. Ini kerana buku jingga hanya ingin menjadikan Islam sebagai agama rasmi dan bukannya sebagai agama persekutuan seperti mana yang tercatat di dalam perlembagaan Malaysia dan juga perlembagaan Barisan Nasional.

Adakah Tahaaluf Siyasi ini akan dijadikan sebagai penutup mulut penyokong Pas agar tidak mempertikaikan keIslaman parti itu sendiri. Mengapa sehingga kini, tiada dokumen langsung berkenaan perjanjian PAS dengan DAP dalam konteks Tahaaluf Siyasi disiarkan kepada umum?

PAS perlu segera menunjukkan dokumen perjanjian mereka bersama DAP (jika ada). Mereka jangan terlalu pandai menuduh orang lain dan meninggalkan tanggungjawab mereka terhadap agama Islam, PAS sendiri telah ditipu dek janji-janji manis pemimpin DAP untuk menukar Islam sebagai agama rasmi negara dan bukannya mengekalkan Islam sebagai Agama Persekutuan Malaysia.

Tunjuk dokumen parjanjian dahulu, jika tidak PAS akan dilihat sebagai kuda tunggangan DAP sehinggalah menyebabkan kehancuran parti politik Melayu/Islam tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL