Rashid Kembali Minggu Depan

KUALA LUMPUR – Rashid Sidek akan kembali menyambung semula tugas jurulatih  badminton perseorangan negara bermula minggu hadapan.

Rashid ketika dihubungi memberitahu, keputusan itu didorong nasihat daripada  Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu beliau mempertimbangkan  semula keputusannya sebelum ini dan terus kembali semula berkhidmat bersama  Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

“Saya membuat keputusan ini kerana memikirkan masa hadapan badminton negara.  Sukan badminton adalah jiwa saya. Khairy juga sebelum ini pernah mengeluarkan  kenyataan yang meminta saya terus melatih pemain kebangsaan berdasarkan  pengalaman yang ada pada saya.

“Keputusan ini juga dibuat selepas banyak pihak memberi saya pandangan  positif dengan meminta saya untuk kembali kepada BAM bagi membantu menaikkan  nama badminton negara di mata dunia,” kata Rashid ketika dihubungi Utusan  Malaysia di sini, semalam.

Rashid, 45, sebelum ini meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan negara  pada 19 September lalu kerana tidak berpuas hati dengan pengurusan baharu badan  itu.

Nasihat daripada anak didik Rashid yang merupakan jaguh badminton No. 1  dunia, Datuk Lee Chong Wei juga merupakan faktor buat pemenang pingat gangsa  Sukan Olimpik 1996 itu kembali ke pangkuan BAM.

“Kami ada berbual melalui telefon. Chong Wei juga menasihati saya untuk  kembali sebagai jurulatih namun tidak memaksa saya,” kata Rashid. – Utusan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana