Poster Yang Semakin Tersebar
Satu poster yang menunjukkan perbandingan acara Penghormatan Terakhir, mendiang Teoh Beng Hock dengan majlis pengebumian jenazah bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak sedang tersebar di internet.
Semasa acara Penghormatan Terakhir, mendiang Teoh Beng Hock pada 20 Julai 2009 di Alor Gajah, Melaka telah dihadiri oleh ketiga-tiga pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, iaitu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Dalam rakaman video acara itu jelas kelihatan ketiga-tiga pemimpin pembangkang menunduk-nundukkan badan beberapa kali sebagai menghormati mayat mendiang yang juga bekas Setiausaha Politik, salah seorang Exco DAP kerajaan Selangor.
Namun, Anwar dan Kit Siang tidak kelihatan semasa jenazah Allahyarham Azizan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Muasasah Darul Umum, Pokok Sena, Kedah, pada 26 September lalu.
Dalam majlis pengebumian itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut serta disamping beberapa pimpinan UMNO, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Air, Teknologi Hijau dan Tenaga Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Comments