MB KEDAH ANJUR TAHLIL DAN BACAAN YASSIN BUAT ARWAH UST AZIZAN

Sebagai memperingati pemergian Tan Sri Azizan Abdul Razak yang kembali ke rahmatullah pada Khamis lalu, Pejabat Menteri Besar menganjurkan majlis tahlil di Masjid Zahir Alor Setar, malam semalam.

Majlis yang berlangsung selepas solat Maghrib dihadiri Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, Speaker Dun Kedah, Datuk Md Rozian Safian, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Puat Mohd Ali dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Khazali Din.

Dianggarkan lebih 200 jemaah menghadirinya termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Noh Dahya, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Sheikh Alauddin Sheikh Abu Bakar dan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusof Husin.

Majlis itu dipimpin Imam Besar Masjid Zahir, Sheikh Roslan Abdul Halim.Difahamkan, majlis tahlil itu turut diadakan serentak di beberapa masjid daerah utama di negeri ini, kelmarin.

Di akhir majlis, Mukhriz turut berbual dan mengucapkan takziah kepada dua anak bekas menteri besar itu, Muhammad Faiq, 26, dan Muhammad Rafi’iy, 32, yang turut hadir.

Comments

Popular posts from this blog

'Saya Tak Boleh Hidup di Malaysia Jika Hudud Dilaksanakan' - Marina Mahathir

Wajib Baca....8 perkara Lee Kuan Yew akan lakukan jika memerintah Malaysia