Dewan Pemuda PAS Selangor Anggap Khalid Ibrahim Telah Lama Dikelilingi Roh.

"Mungkin YAB Tan Sri telah terlalu lama dikelilingi oleh 'roh simpanan tetap yang berbilion-bilion' sehingga menghilangkan perasaan terhadap 'roh sukan' yang dijiwai oleh rakyat Selangor," - Mohd Sany Hamzan, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor

Kenyataan di atas adalah susulan cabaran MB Selangor TS Khalid Ibrahim terhadap Dewan Pemuda PAS Selangor (yang Khalid anggap sebagai bodoh), samada memilih 'bola sepak' atau 'masjid'.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan mengkritik Khalid ekoran kekurangan penajaan MBI sehingga menyebabkan pemain-pemain Liga Super Selangor seperti Amri Yahyah, Norazlan Razali, Mahalli Jasuli dan Asraruddin Putra Omar cuba dipikat Kelab Johor Darul Takzim dengan tawaran gaji yang lumayan.

Ekoran sindiran yang mewakili Pemuda PAS itu, mengundang NGO pro-PKR Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor tampil mempertahan Khalid.

SAMM berpendapat tidaklah perlu menggadai negeri hanya semata-mata untuk sebuah pasukan bola sepak menjadi kuat, malah mengungkit bahawa kerajaan Selangor menyumbang lebih RM7 juta setahun untuk pembangunan sukan bola sepak negeri berkenaan.

Hakikatnya Pemuda PAS tidaklah hingga ketahap untuk menggadai negeri, cuma mereka meletakkan tanggungjawab keatas Khalid kerana melalui perlembagaan FAS, menjadikan dirinya terlantik sebagai Presiden FAS, atas kapasiti sebagai MB Selangor.

Sindiran Pemuda PAS amat pedas sekali, hingga mengibaratkan Khalid hanya pandai mengurus simpanan tetap berbilion-bilion, tetapi gagal menjadi sukan sebagai suatu perniagaan.

Nampaknya antara Mohd Sany dan Khalid, mereka saling 'membodohkan' antara satu sama lain!

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL