Berikut adalah surat terbuka seorang ahli PAS kepada Pucuk Pimpinan Tertinggi PAS

Sulaiman Bin Abdullah,
Kg. Melayu Subang,
4700 Selangor Darul Ehsan

22 Ogos 2012

Tuan Presiden,
Parti Islam SeMalaysia

ASSALLAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
Tuan,
Saya sebagai seorang rakyat biasa negara Malaysia yang tercinta ini, ingin mendapatkan penjelasan dari pihak tuan mengenai beberapa perkara yang menjadi tanda tanya kepada diri saya selama ini.
Tujuan saya meminta penjelasan ini adalah supaya dapat memudahkan saya membuat pilihan apabila tiba Pilihan Raya Umum ke 13 nanti Insyaallah.

1. ADAKAH FATWA UMNO KAFIR MASIH BERKUATKUASA LAGI?

2. ADAKAH PIHAK TUAN RASAKAN PENYINGKIRAN YB DATO DR HASAN ALI DARI PAS SEBAGAI MENGIKUT LUNAS – LUNAS ISLAM?

3. MENGAPA PAS MASIH MENERUSKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN ORANG YANG AKHLAK DAN MORALNYA SANGAT MERAGUKAN? YANG SAYA MAKSUDKAN DI SINI ADALAH DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM DARI PKR. MALAH TUAN LANTIK BELIAU SEBAGAI KETUA PAKATAN RAKYAT.

4. MENGAPA DALAM TEMPOH 23 TAHUN PAS MEMERINTAH KELANTAN HANYA SATU MASJID DAPAT DI BINA SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA PIHAK TUAN MEMBINA 2 BERHALA BUDDHA TERBESAR DI NEGARA INI? SEDANGKAN PERKARA PERTAMA BAGINDA RASULLULLAH BUAT SEMASA MEMASUKI KOTA MADINAH IALAH MEMBUAT MASJID.

5. MENGAPA PIHAK TUAN TIDAK MENJAWAB DAKWAAN AHLI PARTI TUAN SENDIRI, USTAZ SAIDI YANG MENDAKWA TOK GURU NIK AZIZ TIDAK AMBIL TINDAKAN KES TANGKAPAN ZINA ADUN SELISING? MALAHAN TOK GURU BERKATA ALLAH SWT TELAH AMPUNKAN DOSA ADUN SELISING ITU DALAM USAHA BELIAU MENUTUP KES INI DARI DI KETAHUI UMUM.

6. CAKAP SIAPAKAH YANG PERLU AHLI PARTI IKUT? MURSHIDUL AM MENGATAKAN KAFIR BOLEH GUNA KALIMAH ‘ALLAH’ SEDANGKAN TIMBALAN BELIAU BERKATA ‘GUGUR AKIDAH JIKA BENARKAN KAFIR GUNA KALIMAH ‘ALLAH’.SEHINGGA SEKARANG RAKYAT TIDAK MENDAPAT SEBARANG JAWAPAN.

7. MENGAPAKAH MURSHIDUL AM PAS SEOLAH OLAH SERONOK APABILA AHLI-AHLI PAS MENGAGUNG – AGUNGKAN BELIAU MELAMPAUI BATAS ALA ALA ‘CULT OF PERSONALITY’?

8. KENAPAKAH APABILA ADA ORANG MENAJA MURSHIDUL AM PAS MENUNAIKAN HAJI TIDAK DI ANGGAP RASUAH PADAHAL ORANG TERSEBUT ADA KEPENTINGAN PERNIAGAAN?

9. APAKAH HUKUM JIKA SESEORANG ITU MEMUNGKIRI JANJI-JANJI BELIAU?

9.1 Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am sendiri, juga sepatutnya sedar bahawa negara Islam dan hudud tidak mungkin dilaksanakan di negara ini kerana satu jaminan yang diberikan kepada masyarakat bukan Islam satu ketika dulu.

Nik Aziz perlu ingat janji yang dibuat semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000, PAS sudah memberi jaminan kepada semua paderi kanan yang hadir dipersidangan tersebut bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam, apatah lagi hudud.

Sebagai orang Islam, Nik Aziz wajib berpegang kepada janji-janji tersebut atau beliau akan masuk dalam golongan orang munafik dan dilaknat Tuhan. Soal janji itu dibuat depan paderi atau tidak, itu bukan masalah, yang penting janji itu sendiri dan ia mesti dikotakan.

9.2. Pada suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan nyanyuk, sentiasa uzur.

Nik Aziz kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Mahathir telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9 tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.

Ada ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.

10. SIAPAKAH TUNJANG DALAM PAKATAN RAKYAT? SEDANGKAN UMUM MENGETAHUI PARTI DAP MEMPUNYAI PALING BANYAK KERUSI DI PARLIMEN?

Cukup 10 soalan-soalan yang perlu pihak tuan perjelaskan buat masa ini. Ada banyak lagi soalan-soalan yang saya perlu tanya kerana ini membabitkan keputusan yang tepat untuk saya, anak-anak saya dan rakyat marhaen umumnya.

Saya mohon ampun dan maaf jika tuntutan-tuntutan saya ini menyinggung perasaan tuan tetapi saya anggap ini adalah soal-soal pokok dan tidak boleh dipandang ringan.

Sekiranya ada silap dan salah dari pihak saya, mohon keampunan di bulan Syawal yang mulia ini.Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, dan Allah SWT jua yang menentukan.

Sekian dan terima kasih.

Sulaiman Bin Abdullah

Persoalannya sekarang apakah PAS mendengar keluhan salah seorang ahlinya ini. Apakah PAS memikirkan apa pandangan salah seorang ahlinya yang mempertikaikan kelemahan yang berlaku dalam parti PAS sendiri. Tepuk dada tanyalah selera.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL