Parlimen Kapar dahaga khidmat wakil rakyat barunya...Siapa Suruh Undi Calon PKR Ni?

SHAH ALAM:  Kalangan penduduk Kapar dilaporkan tidak puas hati dengan prestasi  ahli parlimen baru mereka, G Manivanan daripada PKR yang mengambil alih kerusi itu daripada S.Manikavasagam.

Tinjauan rambang Antarapos di kawasan itu mendapati ramai pengundi dan pemimpin tempatan mempersoalkan rekod Manivanan sejak memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum ke 13 Mei lalu.

Menurut Ketua Penerangan PKR Cabang Kapar Saravana Bawan Maliandy, Manivanan tidak  turun padang mendengar masalah dan keperluan rakyat, malah masih belum membuka pusat khidmatnya di pekan Kapar.



Aduan tentang jenayah yang berlaku di kawasan itu turut tidak diendahkan oleh Manivanan,  dakwa beliau.

 
"Masalah yang banyak berlaku kini di Kapar ialah jenayah samseng.  Kita sudah beritahu G Manivanan , tapi beliau tidak melakukan apa-apa,” kata Saravanan.


Penduduk Kapar juga dikatakan mengeluh kerana terpaksa pergi ke Setia Alam jika mahu berurusan dengan Ahli Parlimen Manivanan.  Setia Alam adalah kira-kir 50 km daripada Kapar,


"Penduduk Kapar memang kecewa pasal bila jumpa YB baru kena pergi Setia Alam, nak ambil bas susah, kerana pejabatnya di Setia Alam. Bila sampai pejabat tidak ada orang," katanya ketika dihubungi Antarapos.



Pada Mei lalu, PKR membuat keputusan mengejut apabila meletakkan Manivanan di kerusi itu dan mengarahkan penyandangnya Manikavasagam untuk bertanding di DUN Bukit Melawati.

Keputusan di saat akhir itu membawa padah kepada Manikavasagam apabila beliau tewas di Bukit Melawati kepada calon BN.

Pemerhati berkata rekod khidmat cemerlang Manikavasagam di Kapar membolehkan Manivanan untuk menang mudah untuk mengekalkan kerusi itu   bagi PKR.

Manikavasagam adalah antara pengkritik lantang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan dilihat menjadi mangsa kepada percaturan politik Menteri Besar Selangor itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana