PANAS;NAIB PRESIDEN PAS TAK AMBIL KISAH BERKENAAN TUNTUTAN BUKAN ISLAM TERHADAP KALIMAH ALLAH.

PANAS ..Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ketika berucap di Majlis Makan Malam dan Syarahan Datuk Fadzil Nor beberapa hari lepas dan telah mendakwa PAS bahawasanya sentiasa bertolenrasi dan mengambil pendekatan berhemah dalam menyelesaikan sesuatu isu berbangkit termasuk isu berkenaan Kalimah Allah.

Sehubungan dengan itu Pendekar merasa janggal melihat perangai Naib Presiden PAS ini bila Beliau seakan akan mendabik dada kononnya isu sensitif itu telah pun selesai selepas pucuk pimpinan parti itu mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara tersebut sedangkan tuntutan agama lain ini masih tidak bernohtah kerana masih lagi berjalan dan akan ditentukan pada masa akan datang.

“Isu kalimah Allah umpamanya. Bila pimpinan ulama kita keluarkan kenyataan yang tegas, kita selesaikan isu itu,” demikian katanya yang dipercayai merujuk pada keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini yang menolak kesepakatan PR untuk membenarkan kalimah Allah diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Ini dah macam kes tak sedar diri rasanya, masih terperuk dalam dunia halusinasi sendiri hingga lupa kebenaran realiti.
Hakikatnya isu kesucian kalimah Allah S.W.T masih berliku ranjau penyelesaiannya malah kenyataan Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013 itu tidak pun mengubah pendirian PR yang telah bersepakat untuk membenarkan kalimah Allah S.W.T dinodai kesuciannya.

Pokok pangkal isu ini ialah gereja Kristian yang didukung oleh DAP telah menuntut supaya kalimah Allah S.W.T diguna pakai dalam kitab Bible berbahasa Melayu bagi menggantikan kata nama “God”. Dan PR bersetuju selaras dengan kesepakatan PR yang turut disertai oleh PAS.

Bila sedemikian persetujuannya ia bermakna secara sedar atau tidak, pimpinan PR seperti mengiktiraf bahawa konsep ketuhanan Islam dan keesaan Allah S.W.T seolah-olah sama seperti konsep ketuhanan triniti dalam agama Kristian.

Hairan bila melihat dikalangan pimpinan PAS terutama sekali membabitkan golongan liberal yang berkiblatkan idelogi Anwarinas dalam AJK PAS Pusat pun masih ramai yang mengiakan tuntutan Kristian.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana