Ketua Kumpulan Kongsi Gelap Ditembak Mati Dalam Kuil Di Johor

JOHOR BARU: Seorang ketua kumpulan kongsi gelap berusia 37 tahun ditembak mati dihadapan ahli keluarganya ketika sesi upacara sembahyang di sebuah kuil di Gelang Patah dekat sini pada Jumaat.

Ketika kejadian K. Jeganathan sedang berada dalam kuil bersama isteri dan tiga anaknya.

Kira-kira pada pukul 7.30 malam, dua lelaki yang memakai topi keledar masuk ke dalam kuil berkenaan dan melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa.

Suspek kemudiannya segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki motosikal.

Semuanya berlaku dalam beberapa minit sahaja.

Jeganathan, dipercayai ketua kumpulan Geng 21, dikejarkan ke sebuah klinik di Gelang Patah dan namun dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sana.

Mayatnya di bawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk dibedah siasat.

Jurucakap polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu segera menghubungi hotline polis, di talian 07-2212999.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL