Anwar Terdesak Mahu Jumpa Najib - Khairy
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan sesi dialog bersama Barisan Nasional (BN) setelah kebanyakan petisyen Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pembangkang kalah disifatkan tindakan terdesak.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata hasrat Anwar untuk berdialog itu sebagai tidak ikhlas Anwar dan sudah kehilangan modal politik setelah rakyat dilihat menerima keputusan PRU13 dengan baik malah kebanyakkan keputusan mahkamah turut memihak kepada BN sekaligus membuktikan ketelusan nyata dalam sistem pilihanraya negara.
"Apabila beliau (Anwar Ibrahim) terdesak, tiada modal sedangkan rakyat terima keputusan (pilihanraya). Jangan cuba menampakkan kononnya beliau nak menyatu padukan negara.
"Beliau masih degil buat demonstrasi, pertikai keputusan PRU13 di media dan pentas antarabangsa. Kita mesti ikhlas jika mahu berdialog dan saya tidak nampak keikhlasan itu di pihak Anwar Ibrahim," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri 'Merdeka Raya' Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Khairy yang juga merupakan Menteri Belia dan Sukan turut memberitahu BN sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam membincangkan apa jua perkara namun tindakan pembangkang kelihatan menongkah arus apabila seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyatu-padukan masyarakat kearah perpaduan nasional disambut suram.
"Kita sentiasa terbuka didalam Barisan Nasional (BN). Apabila Perdana Menteri setelah selesai PRU13 beliau menyeru ke arah perpaduan nasional. Ketika itu tiada usaha Ketua Pembangkang untuk sambut seruan itu.
"Apa yang kita dapat lihat adalah siri demonstrasi yang diadakan oleh pembangkang, pertikai keputusan PRU13, masuk mahkamah (petisyen) dan apabila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, baru sekarang (Anwar) cadang untuk adakan dialog, saya harap rakyat boleh menilai," katanya.

Comments