Ambiga: Kami akan anjur Bersih 4.0...Kurang Ajar Betul Dan Biadap

KUALA LUMPUR: Pengerusi Bersih Datuk S Ambiga berkata perhimpunan Bersih 4.0 akan diadakan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menangani rungutan-rungutan pihaknya.

Berucap di majlis makan malam Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Kuala Lumpur semalam,  Ambiga menegaskan tunjuk perasaan itu akan diadakan jika SPR terus melaksanakan persempadanan semula kawasan parlimen dan negeri tanpa "membersihkan" daftar pengundi.

"Ini (Bersih 4.0) bukan ugutan tapi jaminan. Kami akan menganjurkannya untuk membuktikan kami serius,” tegas beliau.
Ambiga mendakwa pihaknya mempunyai cukup bukti menunjukkan daftar pengundi di Sabah dan seluruh Malaysia perlu dibersihkan.

“Jika persempadanan semula dilakukan sekarang, kami terpaksa menerimanya …dan tidak ada perubahan akan berlaku,” tambah beliau.

Ambiga bagaimanapun berkata pihaknya belum memutuskan tarikh untuk mengadakan Bersih 4.0."Saya mahu melihat respon mereka terlebih dahalu. Saya mahu mereka menunjukkan iltizam untuk membersihkan daftar pengundi,” kata beliau.

SPR sebelum ini menyatakan bahawa daftar pengundi sentiasa dikemaskini daripada masa ke masa berasaskan maklumat orang ramai.

Bagaimanapun badan itu menolak dakwaan pembangkang bahawa senarai pengundi begitu tercemar sehingga menjejaskan kredibiliti pilihan raya itu sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL