Sekat Ceramah, Tutup Bazar Ramadhan Tonjol Sikap Cauvinis Perkauman DAP
Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyekat program Forum Ehwal Islam yang disertai penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias yang dijadualkan 5 Julai ini adalah bukti bahawa sikap pilih kasih pemimpin pembangkang, lebih menyedihkan apabila sekatan itu dari pemimpin (EXCO) yang beragama Islam yang sekadar menjadi boneka kepada pemimpin DAP.
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pemimpin DAP sendiri yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara namun apa yang berlaku ke atas Ustaz Khazim Elias ini jelas mereka takut dengan bayang-bayang sendiri, apatah lagi kalau perkara ini ‘kena pada batang hidung sendiri.
“Sikap EXCO yang beragama Islam yang menyekat program keagamaan sebegini juga menyedihkan kerana sepatutnya dia menyokong dan memberi galakan agar program-program keagamaan sebegini diperbanyakkan lagi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada UMNO-Online.

Comments