PAS kena jerat dengan DAP...Umat Islam Dihina Dan Dikutuk PAS Diam Tiada Bantahan...

Tidak kecil harga politik yang terpaksa dibayar Pas ekoran polemik kalimah ALLAH yang dicetuskan oleh pemimpin DAP Lim Guan Eng. Gesaan yang dibuat Setiausaha DAP ini agar penganut agama lain selain Islam menggunakan kalimah ALLAH pada Hari Natal 2012, mencetuskan kontroversi agama yang pada akhirnya merugikan Pas.

Dalam isu agama ini, Pas tersepit antara menunjukkan semangat setia kawan dengan sekutunya DAP atau mempertahankan kesucian agama Islam. Sikap Pas yang dolak-dalik dan tidak konsisten menyebabkan parti itu mengalami hakisan sokongan yang besar dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam yang sedar bahawa Pas bukan lagi parti kononnya memperjuangkan Islam.

Akibatnya, ramai pengundi Melayu-Islam, hatta penyokong Pas sendiri, tidak lagi mengundi parti itu dalam pilihan raya umum lalu. Ramai tokoh Pas, termasuk ulama dan yang berjawatan tinggi dalam parti, kalah kepada calon Umno dalam pertandingan satu lawan satu di kawasan majoriti Melayu.

Pas juga kehilangan Kedah, merosot di Kelantan dan tidak mampu mencipta impak yang diharapkan di banyak negeri.

Sebelum itu pun, DAP telah mengheret Pas ke dalam kancah polemik yang cukup menyukarkan. Atas nama tahaluf siyasi, Pas mengorbankan pokok perjuangannya berpuluhan tahun yakni menubuhkan sebuah negara Islam, untuk mengetengahkan ranting yang dipanggil negara berkebajikan – suatu konsep yang asing kepada beberapa segmen penyokong Pas sendiri.

Walaupun pucuk pimpinannya berusaha memberi penerangan dan penjelasan, ramai berpendapat Pas sanggup korbankan prinsip kerana ingin berkongsi kuasa dengan parti cauvinis bukan Islam.

Sekali lagi, Pas kehilangan sokongan daripada kalangan ahli dan penyokongnya. Kesannya cukup jelas: keputusan PRU13 membuktikan DAP menang besar dan Pas terpaksa menggigit jari. Harapan melihat Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri berkecai, malah Pas menjadi parti terkecil dalam pakatan pembangkang.

Guan Eng sekali lagi cuba memerangkap Pas dengan menggesa parti itu memboikot Pilihan Raya Kecil Kuala Besut. Walaupun sebab tersurat ialah sebagai membantah keputusan PRU13 dan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya, hanya dia yang tahu apa tersirat dengan saranan sebegitu.

Ia ibarat pucuk pimpinan Pas mencadangkan kepada DAP agar tidak bertanding kerusi yang kosong di Pulau Pinang dan beri kemenangan percuma kepada calon Barisan Nasional. Andai Pas membuat saranan begitu, agaknya Guan Eng atau DAP nak terima?

Seperti dijangka, beberapa pemimpin Pas tidak bersetuju dengan pandangan Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Yang jelas, pertandingan satu lawan satu antara Pas dan Umno di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut dijangka sengit kerana ia adalah pilihan raya kecil pertama sejak PRU Mei lalu. Pas menghadapi jalan sukar kerana Dun Kuala Besut dimenangi Umno-BN sejak tiga PRU yang lalu.

Menarik untuk diperhatikan ialah sama ada DAP akan hantar jentera pilihan rayanya untuk membantu Pas. Jika ya, nampaklah Guan Eng seorang yang hipokrit. Jika tidak, terang-teranglah mainan politik DAP terhadap Pas.

Minggu ini, Pengerusi DAP Karpal Singh mahu rakan sekutunya Pas dan PKR menyokong hasratnya yang mahu Perlembagaan Persekutuan dipinda khususnya Perkara 12 (4) berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Bunyi kenyataan Karpal agak keras, seolah-olah memberi kata dua. Walaupun pembentangan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013, Rang Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 dan Rang Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 telah ditarik balik, Karpal masih tidak berpuas hati kerana menganggap tindakan ini tidak memadai. Dia tetap mahu Perlembagaan negara dipinda juga.

Sekali lagi, isu bikinan DAP ini boleh meletakkan Pas dalam keadaan yang serba salah. Sekian lama memperjuangkan penubuhan negara Islam, Pas menjaja seluruh negara bahawa Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang sebagai sekular dan toghut, justeru perlu ditukar kepada perlembagaan baru dan menggunakan undang-undang syariah sepenuhnya. Tapi aneh, sekarang pemimpin Pas mahu perlembagaan yang ada dikekalkan pula.

Seperti kata Nasrudin: “Pas sebagai parti Islam, menghormati Perlembagaan yang kita pertahankan sekian lama.” Ini satu pernyataan dasar Pas yang membawa makna dan implikasi besar. Sama ada ia sesuatu yang kekal atau hanya hipokrasi Pas, sama-samalah kita tengok nanti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana