MCA Harus Buktikan Dengan Bertindak Bukan Hanya Bercakap....

Sandiwara MCA perlu dihentikan. Mereka perlu bertindak lebih pro aktif dan agresif bagi membuktikan kesungguhan MCA untuk kekal relevan dalam Barisan Nasional. Kami sudah jemu dengan “tong kosong”. Penipuan demi penipuan yang MCA hidangkan kepada Barisan Nasional sudah sampai ke tahap “tepu”.

Baru-baru ini vice-president MCA Chor Chee Heung telah mengeluarkan kenyataan bahawa MCA akan mengambil langkah-langkah untuk menangani isu pemberontakkan bangsa Cina dengan menggerakkan ahli-ahli dan penyokong-penyokong MCA bagi menangani isu fitnah terhadap Barisan Nasional.

Kami tahu bahawa ahli-ahli MCA lah antara pengundi yang telah memangkah DAP. Kami juga tahu bahawa penyokong MCA hanyalah terdiri daripada orang-orang Melayu kampong yang mengundi mereka.

Sandiwara untuk menentang fitnah ini cukup memualkan dari MCA memandangkan mereka telah dan sedang membiarkan dan membenarkan suratkhabar milik MCA iaitu The Star menyebarkan fitnah DAP ini secara cukup meluas.
Adakah adil apabila MCA kononnya berusaha membenteras fitnah dengan mengerahkan ahli dan penyokong mereka sedangkan The Star merupakan medium utama DAP untuk menyebarkan fitnah yang di “twit” secara meluas di internet oleh pemimpin DAP. Malahan terdapat ahli-ahli dan pemimpin dan exco MCA sendiri menggunakan media internet untuk menyokong DAP melalui twitter dan facebook.

Namun kita juga sedar bahawa fitnah yang dilemparkan oleh DAP bukan sahaja melalui saluran internet semata-mata. Mereka telah menggunakan gerak gempur dari semua sudut dan segi untuk memastikan DAP berkuasa di Selangor.

DAP menyerang dari dalam gereja secara besar-besaran dan berterusan untuk memastikan kaum Cina beragama Kristian tunduk dengan penipuan mereka untuk “berjihad” untuk menjadikan kristian agama rasmi Negara. Pemimpin DAP menjadi salah seorang penceramah agama mereka. Begitu bersungguh-sungguh sekali mereka gempur.

Sementara bagi bangsa Cina yang tidak cenderung kepada agama pula maka misi kecinaan pula dibawa untuk membawa mereka “berjihad” untuk bangsa Cina dengan menghantar agen-agen mereka menabur fitnah dan juga mempengaruhi bangsa Cina secara one-to-one dan dalam kelompok kecil.

MCA menegaskan bahawa mereka telah berkhidmat dengan baik untuk bangsa Cina namun fitnah di internet telah “membunuh” mereka. Sekiranya mereka bersungguh untuk membenteras fitnah maka mereka wajib hapuskan fitnah yang disebarkan oleh penulis-penulis kolum DAP dan penulis pro DAP dalam The Star. “ Biar cakap serupa bikin”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana