Hina Islam: Tiada maaf bagi Duta Vatican, kata Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan secara sepakat memutuskan bahawa umat Islam di negara ini tidak boleh memaafkan individu yang menghina ajaran agama itu termasuk Duta Vatican City ke Malaysia Biskop Joseph Marino yang dilihat menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Menurut ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Datuk Syeikh Mohd Baderuddin Ahmad, badan induk itu telah bermesyuarat tentang perkara itu dan membuat ketetapan untuk tidak memaafkan kepada sesiapa sahaja yang menyentuh dan menghina Islam.

Jelas beliau, sebagai seorang perantara Marino tidak sepatutnya mencampuri hal-hal dalam negara ini.

"Itupun tidak sepatutnya dimaafkan dan tindakan perlu diambil sebab dia telah mencampuri urusan negara kita, dia sebagai duta datang untuk menjalinkan hubungan baik dengan negara kita dan bukan untuk menyentuh perkara-perkara yang sudah diputuskan dalam negara ini.

"Kita sudah bincang hari ini dalam mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan dan sudah sepakat untuk tidak boleh memaafkan perkara-perkara seperti ini," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Sebelum ini Marino dilapor menyokong kempen gereja tempatan untuk menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada 'God' dalam kalangan penganut Kristian.

Sokongan terbuka duta itu menimbulkan rasa kurang senang beberapa pertubuhan Islam yang menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai tidak sensitif serta menyinggung perasaan umat Islam dan rakyat Malaysia.

Susulan kemarahan dan bantahan umat Islam, Marino telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas salah faham dan rasa kurang senang yang timbul susulan kenyataannya mengenai penggunaan kalimah Allah.

Tindakan perlu diambil ke atas Marino

Tegas Syeikh Mohd Baderuddin yang juga Mufti Kedah, permohonan maaf dibuat Marino itu tidak seharusnya diterima umat Islam. Sebaliknya mereka harus menuntut tindakan lebit tegas diambil ke atas duta itu.

"Pertama sekali dia sudah menyentuh kepentingan negara kita sebab sebagai duta dia tak boleh mencampuri dengan urusan dengan negara orang.

"Dia datang untuk jalinkan hubungan baik antara dua negara tapi kalau datang untuk mengeruhkan hubungan yang boleh menyentuh perasaan kita tidak sepatutnya seorang duta berkelakuan seperti itu.

"Jadi kalau boleh tindakan perlu diambil dan saya juga terkilan dengan orang kita yang sikit-sikit memaafkannya, sudah berulang kali perkara ini berlaku...bila buat salah mereka hulur tangan dan kita maafkan, matilah kita macam itu," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL