Pakatan tikam kami dari belakang - PSM
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim melahirkan rasa kecewanya terhadap Pakatan Rakyat (Pakatan) yang "menikam" parti itu daripada belakang pada pilihan raya umum lalu.
Walhal PSM tidak pernah menganggap gabungan parti pembangkang itu sebagai musuh utama mereka.
"Benar, kita tetap bermasalah apabila kawan sendiri membelot dan menikam kita dari belakang kerana pada hemat kami mereka ini bukanlah musuh utama.
"Namun kita tetap dilanyak dan kita cuba bertolak ansur dengan harapan dapat bersatu.
"Walhal kalau mengikut sejarah perjuangan PSM, kita tidak gentar menghadapi musuh utama, sanggup kena pukul dipenjara dan diheret ke mahkamah. Masih bangun melawan," katanya dalam ucapan dasarnya sempena kongres parti itu di Kuala Lumpur semalam.
Sambil menyifatkan hubungan PSM dengan Pakatan "kucar kacir" semasa pilihan raya umum lalu, Dr Nasir bagaimanapun berkata pada masa lain mereka bersatu membanteras ketidakadilan dan salah guna kuasa.
Menurutnya, parti itu "diasak, dimungkiri janji, lembab menangani masalah parti dan mementingkan kedudukan masing-masing" ekoran tiada kekuatan keahlian dan sokongan sekali gus mengharap Pakatan meraih kejayaan dalam pilihan raya.
"Namun begitu, sebagai kawan Pakatan, kita sanggup bertolak ansur bagi memudahkan Pakatan menuju ke Putrajaya. Malangnya tindakan ini dipandang remeh dan dianggapkan satu kelemahan.
"Akibat daripada tindakan Pakatan yang lekehkan semangat setia kawan ini, ramai kawan NGO, mahasiswa, individu bersimpati dan menawarkan bantuan material dan meluangkan masa menyertai ceramah-ceramah semasa pilihan raya," katanya.
Sehubungan itu, Dr Nasir menegaskan pihaknya ingin mengkaji semula hubungan dengan Pakatan ekoran dakwaan sabotaj yang dilakukan terhadap calon mereka pada pilihan raya umum lalu.
"Apabila calon Pakatan kalah dalam pilihan raya, maka timbullah tohmahan baharu bahawa PSM tidak membantu. Mereka tidak sebut langsung tentang sabotaj yang mereka lakukan secara terbuka dan bersekongkol (senyap) menentang calon PSM menjelang pilihan raya.
"Maka saingan satu lawan satu menjadi saingan banyak penjuru dan berpecahlah undi, memberi kemenangan mudah kepada pihak musuh. Justeru itu tidak hairanlah sekiranya PSM ingin mengkaji semula hubungannya dengan Pakatan," katanya.
Dalam ucapannya, beliau mengulas bagaimana Pakatan khususnya PAS yang didakwa mengeksploitasikan keadaan "bersendirian" mereka dalam pilihan raya umum lalu seperti yang berlaku di Kota Damansara.
"PAS penuh yakin boleh menang apabila dapat sokongan sebahagian daripada PKR dan Umno. Namun mereka tidak berjaya menang tetapi berjaya memecah undi dan menyerah DUN Kota Damansara ke Umno di atas dulang emas.
"Begitulah, mereka menang sorak tetapi kampung halaman tergadai. DUN Semenyih dan DUN Jelapang juga mengalami cerita yang agak sama iaitu kita diserang dan disabotaj oleh rakan-rakan dari Pakatan. Apakah iktibar kita dalam kesemuanya ini?" soal beliau.

Comments